Lenovo Raikan Sambutan Hari Raya Dengan Pelbagai Tawaran Menarik!

225
**********

Sebagai meraikan sambutan Hari Raya yang bakal tiba beberapa hari lagi, Lenovo Malaysia telah memberi ganjaran dengan Lenovo meraikan Hari Raya dengan pelbagai tawaran menarik termasuk baucer bernilai sehingga RM500, hadiah percuma, promosi jaminan Lenovo PremiumCare dan juga peluang untuk membeli produk Star Wars: Jedi Challenges hanya RM249.

Bermula sekarang sehingga 15 Julai 2018, pelanggan yang membeli produk terpilih Lenovo dari siri All-in-One (AIO), Desktop, Thin & Light, Mainstream, Yoga serta Legion akan mendapat harga diskaun bersama hadiah dan baucer percuma sehingga RM500. Di antara model yang mendapat diskaun adalah :

  • Lenovo IdeaCentre AIO 310 & 520 – Tebus baucer bernilai sehingga RM100

  • Lenovo IdeaCentre 310s, 510s & 510 – Tebus baucer bernilai sehingga RM100

  • Lenovo IdeaPad 320, 320s, 520s & 720s – Percuma Lenovo HR Band G10 & baucer bernilai sehingga RM100

  • Lenovo Yoga 520, 720 & 920 – Percuma headset JBL, Lenovo HR Band G10 & baucer bernilai sehingga RM500

  • Lenovo Legion Y520, Y720 dan Y920 – Percuma tetikus garming, mouse pad, gaming armored backpack & tebus baucer bernilai sehingga RM500

Selain itu, sepanjang bulan Jun 2018 juga pelanggan yang membeli notebook jenama Lenovo akan mendapat diskaun untuk produk Star Wars: Jedi Challenges. Kini anda boleh membeli Star Wars: Jedi Challenges pada harga hanya RM249 (RRP : RM775).

Manakala perkhidmatan Lenovo PremiumCare yang diperkenalkan kepada pelanggan sebelum ini telah dilanjutkan sehingga 15 Julai 2018. Pelanggan yang membeli komputer riba Lenovo terpilih layak untuk menaik taraf daripada jaminan standard mereka kepada Lenovo PremiumCare. Terdapat dua jenis pilihan jaminan seperti di bawah:

  • Menaik taraf setahun untuk jaminan Lenovo PremiumCare pada harga RM18.90, yang pada asalnya berharga RM249.
  • Menaik taraf dua tahun untuk jaminan Lenovo PremiumCare pada harga RM46.90, yang pada asalnya berharga RM379.

Jika terdapat masalah, pelanggan boleh mendapatkan bantuan daripada kakitangan khidmat pelanggan PremiumCare tidak kira hari, di mana ia dibuka tujuh hari seminggu bermula pada pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Lenovo, boleh layari laman rasmi Lenovo Malaysia, manakala untuk perkhidmatan pula boleh layari Lenovo PremiumCare.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here