Kempen Digi Rah Rah Internet Tawar Huawei P20 Serendah RM1

131
**********

Bersempena Hari Raya dan Piala Dunia 2018, Digi telah mengadakan satu kempen dinamakan Digi Rah Rah Internet. Kempen ini menawarkan peranti terkini Huawei P20 dan peranti lain pada harga serendah RM1 dengan pelan data internet perayauan.

Tawaran terhad 100 unit untuk Huawei P20 Pro Twilight berharga RM1 telah diadakan di stor Digi, Bukit Bintang baru-baru ini. Sementara, kepada orang ramai yang ingin mendapatkan tawaran RM1, sebanyak tiga jenis peranti ditawarkan iaitu Huawei P20, Samsung A8+ dan vivo X21.

Salah seorang 100 pelanggan yang memiliki Huawei P20 Pro Twilight pada harga RM1

Pelan Digi Postpaid ditawarkan dengan data internet sehingga 100GB bersama-sama pelan perantauan di 10 negara antaranya Australia, Brunei, China, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Filipina.

Pelan Digi Postpaid ini boleh didapati di mana-mana stor Digi atau di laman sesawang rasmi Digi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here