Kemas Kini Versi 120 – Mod Party Khusus Pada Honor 10

123
**********

Peranti elegan dengan warna aurora honor 10 kini menerima kemas kini lagi! Kemas kini perisian kali ini atau lebih dikenali sebagai kemas kini versi 120 merupakan ciri aplikasi tambahan yang diberi nama Party Mode.

Party Mode merupakan aplikasi yang menggunakan Near Field Communications (NFC) untuk menyambung dengan beberapa peranti antara satu sama lain, dengan itu anda boleh memainkan lagu yang sama dengan pengalaman seperti surround sound.

Di samping itu, untuk memperhebatkan lagi kemampuan AI kamera selain pada penggambaran, ciri stabilizer kini juga telah disediakan pada mod rakaman video. Gegaran atau kualiti video yang tidak memuaskan kini boleh dielakkan sepenuhnya dengan adanya kemas kini versi 120 ini.

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here