Kejutan Besar-Besaran Dari honor x Shopee?!

350
**********

Honor Malaysia baru sahaja memperkenalkan model terkini honor 10 kepada pengguna tempatan, tidak sampai sebulan masanya, ada peranti baharu lagi yang ingin dirasmikan?! Biar betul berita ini! Namun apa yang kami boleh pastikan, perasmian kali ini turut mendapat sokongan dari laman e-dagang Shopee, di mana jualan promosi hebat akan dilangsungkan sempena Hari Raya yang bakal menjelang.

Adakah honor 7 (2018) atau honor 7A yang baru-baru ini diperkenalkan untuk pasaran Global akan dibawa masuk oleh honor? Tiada maklumat selanjutnya, apa yang jelas adalah slogan “SOMETHING HONORABLE IS COMING YOUR WAY” yang tertera pada jemputan dengan warna menarik seperti aurora.

Kalau berminat, tunggu laporan dari eRing esok ya…

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here