Instagram Memperkenalkan IGTV – Aplikasi Dan Hab Untuk Video Berdurasi Panjang

240
**********

Instagram yang kini memiliki lebih daripada 1 billion pengguna hari ini melancarkan IGTV – sebuah aplikasi yang menfokuskan video semata-mata. Tidak seperti video di Instagram, video yang dipaparkan di IGTV ialah lebih berdurasi panjang sehingga sejam.

Kandungan video yang ditawarkan didalam IGTV lebih kurang seperti saluran didalam televisyen. Video akan dimainkan sebaik anda membuka aplikasi berkenaan dan ia menyokong format menegak yang kebiasaan boleh dilihat pada IG Stories.

Pemilik akaun bebas untuk memuat naik video untuk ditatap pengikut atau sebaliknya. Selain itu, aplikasi IGTV juga akan mencadangkan video yang bersesuaian untuk anda, disamping boleh meninggalkan Like, komen, dan sebagainya.

IGTV juga boleh diakses melalui aplikasi Instagram sendiri dengan menekan butang di sebelah atas bersebelahan Direct Message.

IGTV akan mula diperkenalkan secara global di peranti Android dan iOS dalam beberapa minggu lagi. Bagaimanapun, untuk pengguna di Malaysia ia telah mula ditawarkan.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here