GSC Menjadi Panggung Wayang Pertama Di Malaysia Tawarkan Skrin Gergasi LED 4K HDR

200
**********

Golden Screen Cinemas (GSC) hari ini melancarkan panggung wayang pertama di Malaysia dengan skrin gergasi LED daripada Samsung. Dinamakan bersempena model skrin itu sendiri, Onyx merupakan sebuah skrin gergasi yang menawarkan resolusi sehingga 4K. Skrin ini secara tidak langsung menjadikan pengalaman menonton wayang di Malaysia menjadi lebih nyata dan lebih futuristik.

Pihak Samsung turut menyatakan skrin yang dipasang pada panggung 11, GSC Midvalley Megamall mampu memberikan kandungan filem lebih baik melalui teknologi HDR dimana teknologi ini biasa digunakan pada televisyen moden di rumah. Berukuran 10.3m lebar dan 5.4m tinggi, skrin ini juga dilengkapi sistem audio yang gempak daripada JBL oleh HARMAN.

Sehingga kini, panggung Onyx sudah ada di beberapa negara antaranya Austria, Switzerland, Mexico, Amerika Syarikat, Korea Selatan, China, dan Thailand. Dengan penawaran Onyx di GSC, orang ramai kini berpeluang untuk merasai pengalaman menonton ke tahap yang lebih tinggi. Disamping itu, tempat duduk yang disediakan juga amat selesa dan terasa mewah.

Harga untuk menikmati panggung Onyx pula tidaklah terlalu mahal, anda cuma perlu menambah RM1.50 daripada harga tiket biasa.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here