GrabPay, Satu Lagi Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Diperkenalkan

277
**********

Perkhidmatan pembayaran tanpa tunai, atau lebih dikenali sebagai e-wallet/dompet digital kini semakin boleh diterima oleh masyarakat tempatan. Setelah Samsung Pay, Apple Pay, Maybank QRPAY dan WeChat Pay secara rasminya dilancarkan, kini giliran Grab yang sebelum ini telah mengumumkan mereka akan membwa sistem ini kepada pengguna Grab.

Seperti dijanjikan, sistem pembayaran tanpa tunai telahpun dilaksanakan dengan pengenalan awal kepada GrabPay. Penggunaannya lebih kurang sama dengan aplikasi yang lain, GrabPay selain boleh membuat pembayaran di kedai melalui pengimbas kod QR, pengguna Grab juga boleh membuat bayaran perjalanan Grab, serta pesanan makanan melalui GrabFood.

Yang lebih menaik adalah pindahan duit kepada ahli keluarga atau kawan-kawan turut boleh dilaksanakan pada sistem ini. Mata ganjaran GrabRewards turut ditawarkan pada sistem ini di mana anda boleh menggunakannya untuk menebus hadiah atau tawaran menarik. Sebelum menggunakan sistem ini, tambah nilai perlu dibuat terlebih dahulu.

Muat Turun Grab

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here