GPU Turbo Hasil Daripada Honor Khusus Untuk Gaming Yang Lebih Ekstrem

172
**********

Honor mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menghasilkan teknologi pecutan pemprosesan grafik melalui perkakasan dan perisian yang dipanggil GPU Turbo. Jika ada diantara anda yang tidak tahu apa itu GPU Turbo, ia merupakan teknologi yang ditingkat taraf untuk sistem grafik lebih berkuasa dan efisyen.

Hasil kerjasama dengan Huawei, honor memaklumkan teknologi ini telah berjaya menghasilkan pemprosesan grafik 60 peratus lebih efisyen dengan mengurangkan 30 peratus penggunaan tenaga pada SoC (System on Chip). Keupayaan rendering yang pantas juga membolehkan peranti honor yang dilengkapi GPU Turbo menghasilkan kualiti grafik yang cemerlang walaupun aplikasi tersebut tidak menyokong HDR (High Dynamic Range).

Menerusi pengumuman GPU Turbo, honor dan Huawei berharap selepas ini akan ada pembangun aplikasi pihak ketiga menjadikan ia sebagai penanda aras untuk menghasilkan game yang lebih hebat dengan kualiti resolusi mungkin sehingga 4K. Disamping itu, GPU Turbo bakal memberi pengalaman lebih menyeronokkan kepada pengguna melalui teknologi sokongan AR (kecerdasan buatan) dan VR (realiti maya) pada telefon honor akan datang.

GPU Turbo telah diperkenalkan pada peranti honor Play di China tempoh hari. Teknologi ini juga bakal dimuatkan pada peranti popular lain seperti honor 10, honor View 10, honor 9 Lite, dan honor 7X tidak lama lagi untuk semua pengguna honor seluruh dunia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here