Google Maps, Melangkah Ke Depan Lagi Bersama Mod Motosikal

316
**********

Misi Google Maps adalah untuk membantu para pengguna mengemudi dan menerokai dunia tidak kira di mana mereka berada, ciri-ciri seperti Street View telah membawa kita ke tempat yang amat jauh seperti puncak Gunung Kinabalu dan pulau-pulau di Taman Marin Tun Mustapha, manakala Google Earth telah mengajak dunia untuk mengintai kehidupan Kaum Semai di Pahang.

Memandangkan Malaysia merupakan pemain utama di salah satu rantau pertumbuhan ekonomi yang pesat di dunia dengan ekonomi yang sentiasa bergerak aktif, usaha untuk membantu rakyat Malaysia terus bergerak amat dipentingkan. Oleh itu, ciri terkini yang dikenali sebagai “Mod Motosikal” telah diperkenalkan hari ini.

Ciri-ciri mod motosikal:
  • Menganggarkan masa perjalanan yang lebih tepat: berdasarkan pembelajaran mesin yang memaparkan kelajuan menunggang. Semakin kerap ciri ini digunakan, semakin tepat anggarannya.
  • Mengemudi berasaskan mercu tanda: arahan akan menyertakan mercu tanda yang menonjol untuk membantu pengguna membuat perancangan pra-perjalanan supaya mereka dapat mencari arah dan mengingati laluan-laluan.

 

Selain mod motosikal dilancarkan, Google Maps juga telah memperkenalkan cara baharu unuk anda menerokai bandar anda berada pada peranti Android mulai 12 Jun yang lalu. Salah satunya mencari lokasi tempat makan dan hiburan berdasarkan kegemaran anda amat disukai ramai.

Melalui cara baharu ini, anda boleh mendapatkan cadangan ringkas bagi restoran, kafe, gerai mamak dan lain-lain di kawasan kegemaran anda hanya tekan “Explore” pada Google Maps. Di samping itu, melalui cadangan yang diberikan oleh Google Maps, anda boleh mendapat tahu apa yang sedang berlaku atau aktiviti semasa yang terhangat di kawasan anda.

Sekiranya anda pernah membuat rating bagi sesuatu tempat, Sejarah Lokasi pada Google Maps akan memaparkan “Padanan anda” mengikut kegemaran anda. Peningkatan kecerdasan ini secara langsungnya dapat menjimatkan lebih banyak masa anda dalam mencari sesuatu tempat.

Muat Turun Google Maps

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here