Giliran AEON Memperkenalkan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai AEON Wallet

162
**********

Masyarakat Malaysia semakin luas dalam menerima sistem pembayaran tanpa tunai, ini jelas memperlihatkan kehadiran pelbagai perkhidmatan tanpa tunai (cashless) yang ditawarkan oleh mereka seperti Samsung Pay, Apple Pay, Alipay, WeChat Pay dan banyak lagi.

Baca Juga: [Tutorial] Servis Pembayaran Tanpa Tunai, Samsung Pay Kini Rasmi Di Malaysia

Menurut AEON Credit Service, mereka bakal melancarkan sistem pembayaran tanpa tunai yang akan dikenali sebagai AEON Wallet pada bulan Ogos nanti. Pengguna hanya perlu menggunakan peranti pintar mereka untuk membuat segala pembayaran, seperti AliPay, Touch ‘n Go dan WeChat Pay.

Baca Juga: WeChat Pay Kini Boleh Digunakan Di Pasaran Malaysia

Selain AEON Wallet, pihak AEON Credit Service juga akan melancarkan satu lagi produk baharu iaitu AEON Member Plus Card sebelum 28 Feb 2019 nanti. Kad ini menawarkan pelanggan cara mudah membuat pembayaran, di samping boleh menikmati ganjaran istimewa bagi melengkapkan gaya hidup masa moden.

Apa pandangan anda terhadap sistem ini? Nampaknya bulan Ogos nanti AEON mungkin akan ada promosi hebat sempena pelancaran rasmi ini lah…

nantikan…

 

Sumber

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here