EA Umumkan Command And Conquer: Rivals Versi Android Dan iOS

151
**********

Siapa yang tidak kenal dengan permainan siri Command & Conquer (C&C) suatu ketika dahulu. Kami percaya bahawa permainan ini masih segar didalam ingatan para gamers 90-an.

Baru-baru ini EA (Electronic Arts) telah mengumumkan C&C: Rivals akan dikeluarkan khusus untuk telefon pintar Android dan iOS. Versi mudah alih ini akan membawa konsep permainan seperti Clash Royale yang mana pemain akan berentap satu-lawan-satu. Bagaimanapun, elemen dan keunikan C&C seperti sebelum ini masih dikekalkan.

Didalam permainan ini pemain boleh memilih antara dua pihak sama ada Global Alliance Initiative (GDI) atau Brotherhood of Nod (NOD). Selain itu, beberapa komander dengan kehebatan tersendiri juga boleh dipilih antaranya Lt.Strongarm (GDI), Dr. Liang (GDI), Gen.Solomon (GDI), Kane (NOD), Oxanna Kristos (NOD), dan Seth (NOD).

Komander-komander ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing apabila berdepan dengan unit tertentu di medan perang. Unit-unit ini terbahagi kepada empat iaitu Infantri, Kenderaan, Udara, dan Istimewa. Objektif dalam pertempuran ini ialah untuk memusnahkan pusat pemerintah (kenderaan induk) pihak lawan.

Buat masa ini, pra-pendaftaran untuk C&C: Rivals hanya terdapat di Google Play Store namun untuk Apple App Store perlu dibuat di laman sesawang rasmi EA.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here