Demam Bola Bersama Shopee: Menangi Jemputan Eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee

110
**********

Saat inilah seluruh dunia melanda deman bola! Laman e-dagang Shopee telah melancarkan kempen Deman Bola Bersama Shopee selama sebulan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018. Peminat boleh memenangi jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia Shopee pada 15 Julai 2018 dengan menyertai pertandingan “Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia” yang dianjurkan setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tempoh tersebut di laman FB Shopee.

Pengguna hanya perlu mengundi pasukan kegemaran mereka dan memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak dan meneka keputusan perlawanan, bahkan boleh juga menerima mata dalam pertandingan setiap kali membeli-belah di Shopee sepanjang tempoh kempen. Demi meningkatkan aliran pendapatan bagi kelab bola sepak Malaysia, promosi jualan tiket Beli 1 Percuma 1 dan cenderahati turut diadakan di Shopee.

Sebagai ganjaran kepada peminat tegar bola sepak, majlis tontonan akan diadakan di negeri pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang “Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia” yang akan diumumkan pada 29 Jun 2018. Peminat pasukan tersebut juga berpeluang membawa balik hadiah berupa baucar tunai bernilai sehingga RM500,000. Pemain terbaik (most valuable player) akan diumumkan setiap Rabu bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu dengan pembelian di Shopee.

Sepanjang tempoh ini peminat bola sepak boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di Shopee. Promosi Beli 1 Percuma 1 akan diteruskan pada jualan kilat Shocking Sale supaya peminat bola boleh menyaksikan sendiri perlawanan bola secara langsung di stadium.

Muat Turun Shopee

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here