Berita Terkini! Turun Lagi! RM659 Boleh Dapat Huawei nova 2 lite

404
**********

Lebih banyak kejutan menanti pengguna Huawei pada hujung minggu ini, kerana Huawei telah mengumumkan penurunan harga sebanyak RM95 pada peranti kelas pertengahannya iaitu nova 2 lite.

Bermual 9 Jun 2018, nova 2 lite akan dijual pada harga runcit baharu RM659, yang sebelumnya dijual pada harga kemas kini RM754. Raya ini ada “permainan baru” lagi kalau berhasrat tukar peranti baru, kan?!

Khusus untuk golongan pemuda-pemudi yang mementingkan gaya hidup bebas, Huawei nova 2 lite menjaminkan prestasi yang luar biasa serta kualiti yang tanpa diragui. Ciri-ciri menarik yang ada pada peranti ini seperti dwi kamera utama 13MP + 2MP, serta selfie toning flash pada kamera hadapan yang amat perlu bagi kaki swafoto, tambahan lagi paparan FullView, RAM 3GB + ROM 32GB, Android 8.0 berasaskan EMUI 8.0, sokongan VoLTE dan VoWiFi serta pengimbas cap jari, menjadi sebab utama ia berjaya dijual sebanyak 7000 unit sepanjang empat hari pertama penjualannya pada bulan Mac yang lalu.

Ingat! Penurunan harga ini bermula 9 Jun 2018 (Sabtu) dan anda boleh beli di semua kedai Huawei, pengedar sah termasuk telco tempatan Celcom dan Maxis dalam pilihan warna biru dan hitam.

Edisi merah jambu terhad

Sementara itu, edisi warna merah jambu terhad juga akan dirasmikan pada hari yang sama (9 Jun 2018) dengan harga jualan terkini RM659!

 

Baca Juga:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here