Berita Baik! Huawei nova 2 Lite Lebih Menarik Dengan AR Lens & Mod Pro

436
**********

Sebelum Hari Raya menjelang, Huawei ingin memberikan kejutan lagi kepada pengguna Huawei nova 2 Lite. Kemas kini terkini telahpun “dilepaskan” dari Huawei dengan sokongan AR Lens dan Mod Pro pada kameranya, setelah nova 2i pada Jan yang lalu.

Kemas kini perisian ini akan menambah lebih banyak unsur menarik pada kamera nova 2 Lite, tambahan lagi kadar sifar GST dan penurunan harga kepada RM659, serta edisi terhad warna merah jambu yang baru sahaja diperkenalkan, tentu akan menarik lebih ramai peminat untuk membeli.

AR Lens merupakan salah satu ciri istimewa yang ada pada siri nova, ia membolehkan pengguna mengambil gambar swafoto dengan animasi kartun serta latar belakang yang kreatif. Sementara Mod Pro pula berperanan seperti kamera profesional, anda boleh membuat tetapan seperti pendedahan cahaya, shutter speed, ISO, white balance atau mod focus mengikut kemahiran diri sendiri. Gambar yang diambil boleh simpan dalam format RAW supaya lebih mudah semasa proses penyuntingan gambar.

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here