Beli OPPO F7 & Dapatkan Kotak Hadiah Raya Bernilai RM299 Secara Percuma!

105
**********

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, OPPO Malaysia hari ini telah menawarkan promosi istimewa Raya untuk memeriahkannya lagi.

Sepanjang tempoh promosi yang akan bermula dari 9 Jun hingga 17 Jun 2018 nanti, setiap pembelian OPPO F7 atau OPPO F7 128GB akan menerima Kotak Hadiah Raya istimewa bernilai RM299 secara percuma. Di dalam kotak tersebut mengandungi sebuah Bluetooth Headset dan juga sarung pelindung.

Dengan kadar 0% GST, OPPO F7 kini boleh dimiliki pada harga RM1,299, manakala model OPPO F7 128GB pula dijual pada harga RM1,603. Promosi Raya OPPO 2018 ini boleh dinikmati di semua OPPO Concept Stores, OPPO Online Store, dan juga rakan e-dagang seperti Lazada, Shopee ataupun 11street.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here