ASUS ZenBook Pro 15 (UX580) & 14 (UX480) – Komputer Riba Pertama ASUS Menyokong Teknologi ScreenPad

303
**********

Selain tiga model dari siri VivoBook, ASUS juga telah memperkenalkan komputer riba dari siri ZenBook iaitu ZenBook Pro. Siri ini boleh dikatakan di antara siri komputer riba paling premium yang dioperasikan oleh OS Microsoft Windows.

ASUS ZenBook Pro 15 (UX580) menyokong pemproses Intel Core i9 dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti serta sokongan beberapa ciri-ciri menarik padanya. Ditawarkan dalam dua pilihan skrin iaitu 15 inci dengan resolusi 4K dan juga 14 inci Full HD, kedua-duanya menawarkan rekaan tanpa bingkai yang memaksimakan penggunaan ruang paparan, ditambah dengan ketebalan hanya 18.9mm dan seberat 1.88kg.

Bagi model ZenBook Pro 14 (UX580) pula, ia menyokong dua pilihan CPU sama ada Intel Core i7 ataupun Core i5 generasi ke-8 Coffee Lake bersama kad grafik NVIDIA GeForce 1050 Max-Q. Diserikan dengan memori DDR4 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB serta storan hard disk PCle 1TB dengan sokongan Intel Optane.

Buat pertama kalinya komputer riba ASUS hadir dengan sokongan teknologi ScreenPad yang boleh mengubah cara penggunaan touchpad pada kedua-dua komputer riba ini. Bagaimana ianya berfungsi? Pada bahagian trackpad boleh dijadikan paparan skrin sekunder menggunakan panel IPS yang boleh digunakan sebagai pembantu digital, bergantung kepada perisian yang digunakan.

Ia akan memaparkan dalam bentuk paparan kecil sambil membuat kerja pada paparan skrin utama seperti ScreenPad Music Player, ScreenPad Calculator, ScreenPad Calendar dan beberapa lagi. Anda boleh melawat kedai aplikasi atas talian Windows Store untuk memuat turun pelbagai jenis aplikasi untuk ScreenPad ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here