ASUS VivoWatch BP Diperkenalkan – Sokong Teknologi Pengesanan Tekanan Darah

208
**********

Menyedari akan masalah tekanan darah tinggi yang semakin tinggi hari ini, ASUS telah memperkenalkan sebuah jam tangan pintar yang mampu mengesan tekanan darah dengan kemunculan model VivoWatch BP.

Walaupun hadir dengan rekaan yang agak besar, VivoWatch BP merupakan jam tangan pintar yang pertama di dunia menyokong teknologi pengesanan tekanan darah. Dengan menggabungkan sensor EKG (electrocardiogram) dan PPG (photoplethysmography), ia berupaya mendapatkan bacaan tekanan darah dan juga kadar degupan jantung yang lebih tepat.

Untuk mendapatkan bacaan tekanan darah, pengguna hanya perlu menekan jari pada sensor PPG yang terletak bersebelah dengan skrin selama 15 hingga 20 saat. Selain pengesanan tekanan darah dan juga kadar degupan jantung, VivoWatch BP turut menyokong fungsi lain seperti mengesan pola tidur, dan juga aktiviti lain termasuklah senaman menggunakan aplikasi pemantauan kesihatan ASUS iaitu HealthAI.

ASUS VivoWatch akan dijual pada harga USD169 (kira-kira RM665) di Taiwan bermula penghujung Julai nanti, dan diikuti pasaran Eropah pada bulan Ogos 2018.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here