ASUS ROG Strix SCAR II Dan Hero II Dilancarkan Bersama Aksesori ROG Yang Lain

267
**********

Acara Computex 2018 yang berlangsung baru-baru ini telah menyaksikan para pemain dari seluruh negara memperkenalkan produk masing-masing. ASUS dalam segmen permainan ROG secara rasminya telah melancarkan beberapa buah produk gaming seperti komputer riba, fon kepala, tetikus, dan beberapa yang lain.

ROG Strix SCAR II dan Hero II Edition

Strix SCAR II

ROG Strix SCAR II merupakan sebuah komputer riba yang dibina dengan tubuh badan berasaskan logam serta kemasan Kevlar pada bahagian papan kekunci. Kombinasi warna hitam dan pelekat Kevlar (fiber tahan lasak) kelihatan garang dengan adanya lampu bar depan Aura Sync yang boleh dikastom. Sementara ROG Strix Hero II Editon pula dibina dengan bahan logam dan pelekat inspirasi bersenikan cyberpunk selain lampu bar depan juga Aura Sync.

Hero II

Kedua-dua komputer riba ini direka khusus untuk permainan e-sukan terutamanya dalam Multiplayer Online Battle Arena (MOBA). ROG Strix SCAR II dan Hero II Edition dilengkapi paparan bezel nipis pertama didunia dengan kadar segar semula 144Hz dan kadar tindak balas serendah 3 milisaat. Naik taraf lain turut dilakukan pada bahagian papan kekunci dan sistem penyejuk menggunakan teknologi HyperCool. Menariknya, komputer riba ini hadir dengan multi-antenna untuk sambungan WiFi yang lebih pantas.

ROG Gladius II Wireless

Gladius II Wireless ialah sebuah tetikus gaming yang versatil dengan rekaan tanpa wayar untuk memberikan prestasi yang sama seperti tetikus gaming berwayar. Ditawarkan dengan dwi sambungan tanpa wayar, ia bertindak stabil sepanjang digunakan melalui sensor pergerakan 16,000dpi. Dengan latensi Bluetooth sepantas 2.4GHz, ia sebuah tetikus yang biasa dimiliki para pemain profesional. Lampu pada logo jenama ini juga boleh dikastom mengikut citarasa pengguna.

ROG Balteus Qi

Balteus Qi berfungsi sebagai pad tetikus yang didatangkan dengan lampu RGB Aura Sync dan pad pengecasan tanpa wayar. Berukuran 370mm lebar dan 320mm panjang, ia boleh menempatkan tetikus untuk dicas semula dan pad berlampu boleh laras.

ROG Delta

Fon kepala yang berkualiti tinggi mampu memberikan keseronokan berganda kepada pemain. Oleh itu, ROG Delta ialah sebuah fon kepala Hi-Fi bergred tinggi yang menawarkan kualiti suara yang jernih dan lebih terperinci. Keupayaan Delta mampu memastikan pengguna menerima tumpuan yang lebih baik berbanding fon kepala yang lain. Sama seperti produk-produk lain diatas, fon kepala ini juga dilengkapi lampu RGB boleh kastom. Berat badan yang ringan tidak lain dan tidak bukan sangat selesa dipakai malah turut hadir dengan bicu USB Type-C yang boleh disambungkan pada telefon pintar gaming ASUS ROG.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here