ASUS Melancarkan VivoBook S15 (S530), VivoBook S14 (S430) & VivoBook Flip 14 (TP412)

158
**********
ASUS VivoBook S15 (S530) & S14 (S430)

Pada pameran Computex 2018 yang berlansung di Taiwan, ASUS telah melancarkan komputer riba terbaru dari siri ‘VivoBook’ khas untuk mereka yang sukakan permainan video iaitu VivoBook S15 (S530), VivoBook S14 (S430) serta Flip 14 yang menawarkan kelebihan tersendiri.

ASUS Vivobook S15 dan S14 dikuasakan oleh Intel Core i7 generasi ke-8 bersama kad grafik NVIDIA GeForce MX150, memori sehingga 16GB DDR4 dan storan SSD sehingga 512GB serta storan HDD sehingga 2TB. VivoBook S15 menampilkan paparan skrin NanoEdge berukuran 15.6 inci HD penuh dengan nisbah kerangka mencecah 86%, manakala VivoBook S14 pula hadir dengan saiz skrin lebih kecil iaitu 14 inci HD penuh dengan nisbah kerangka mencecah 84%.

ASUS VivoBook S15 (S530) & S14 (S430)

Walaupun menawarkan paparan skrin berbeza, kedua-duanya masih dibekalkan dengan kapasiti bateri yang sama iaitu sebesar 42Wh. Selain nipis, VivoBook S15 dan S14 masih ringan dengan berat 1.8kg (S15) dan 1.4kg (S14) serta ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Firmament Green, Star Grey, Silver Blue, Gun Metal dan Icicle Gold,

ASUS VivoBook Flip 14 (TP412)

Manakala ASUS VivoBook Flip 14 (TP412) pula adalah sebuah komputer riba boleh ubah dua dalam satu. Menyokong paparan skrin sentuh ASUS NanoEdge bersaiz 14 inci IPS HD penuh, kelebihan komputer riba ini ialah boleh diputar sehingga 360 darjah dan boleh digunakan sebagai tablet kerana turut disediakan bersama sebuah pen stylus.

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7 generasi ke-8, ianya diserikan dengan memori 16GB RAM dan storan SSD sehingga 1TB. Selain itu, terdapat juga sensor pengimbas cap jari pada pad sesentuh yang menyokong sistem Windows Hello. Dengan ketebalan 17.6mm dan seberat 1.5kg, VivoBook Flip 14 menyokong bateri sebesar 42Wh yang mampu membekalkan kuasa lebih lama kepada anda.

Boleh digunakan sebagai tablet

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here