8BitDo Keluarkan Alat Kawalan Permainan Retro Ala Nintendo

419
**********

Syarikat pengeluar alat kawalan permainan retro, 8BitDo baru-baru ini mengeluarkan model terbaharu alat elektronik retro ala Nintendo E3 2018 yang dikenali sebagai SN30 Pro+ dengan rekaan mirip seperti alat kawalan PlayStation serta Zero 2.

SN30 Pro+

Ia berfungsi dengan sambungan Bluetooth 4.0 yang membenarkan alat kawalan ini disambung ke peranti lain seperti PC atau telefon pintar Android mahupun iOS. Hadir dengan ukuran 144×63.5x33mm dan seberat 250g, SN30 Pro menawarkan beberapa fungsi menarik seperti Rumble vibration, Motion controls dan juga Turbo function dengan mod kawalan seperti X-input, D-input, Mac serta Nintendo Switch. Lebih menarik, peranti ini menggunakan dua bateri bersaiz AA yang boleh dicas semula.

Zero 2

Zero 2 merupakan alat kawalan terkecil dengan rekaan hanya bersaiz rantai kunci sahaja. Walaupun menampilkan rekaan mini, ia menyediakan semua butang kawalan yang diperlukan untuk mengawal permainan dengan pelbagai mod permainan menarik. Menawarkan lima pilihan warna yang diinspirasikan daripada peranti klasik Nintendo, Zero 2 boleh disambungkan pada telefon pintar, tablet atau peranti yang menyokong Bluetooth.

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan alat kawalan ini di laman rasmi 8BitDo.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here