Xperia Ear Duo – Earphone Gaya Baru Dari Sony

403
**********

Sony Mobile Malaysia bakal memperkenalkan aksesori baharu mereka yang diberi nama Xperia Ear Duo, sebuah earphone penuh gaya moden. Xperia Ear Duo akan mula dijual di pasaran tempatan bermula 4 Jun 2018 pada harga RM1,199, dengan dua pilihan warna hitam dan emas.

Cara pemakaian Xperia Ear Duo agak unik berbanding earphone di pasaran, ia boleh dipakai pada bahagian bawah cuping telinga. Menurut Sony, Ear Duo ini merupakan earphone tanpa wayar yang pertama memberikan sokongan “Dual Listening”, dan keistimewaannya adalah membolehkan anda mendengar muzik dan bunyi persekitaran secara serentak.

Selain “Dual Listening”, earphone ini turut hadir dengan satu lagi fungsi yang sangat membantu, iaitu “Daily Assist”. Fungsi ini boleh memastikan anda tidak terlepas sebarang perkara penting, ia mampu mengenal pasti masa, lokasi dan aktiviti bagi memberitahu anda maklumat yang relevan pada masa itu.

Sokongan lain termasuk cip CDX5602 yang efisien tenaga, teknologi audio “Sony Clear Phase” yang mampu memastikan bunyi lebih jelas, serta integrasi pembantu digital Google Assistant atau Siri.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here