Xiaomi Mi 7 Akan Dilancarkan Bulan Mei Ini?

306
**********

Xiaomi bakal melancarkan peranti induk terbaharu Xiaomi Mi 7 tidak lama lagi, dijangka minggu ketiga bulan ini. Satu imej menyerupai poster dikongsi di arena sesawang memperlihatkan tarikh khusus pelancaran yang akan diadakan pada 23 Mei depan.

Imej yang tidak beresolusi tinggi ini setidak-tidaknya memberi tanda awal bahawa pengganti Mi 6 bakal tiba selepas ia diperkenalkan tahun lalu. Menurut khabar angin, Xiaomi Mi 7 akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 845 dengan RAM sebesar 8GB. Ia juga mungkin hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin dengan skrin bertakuk.

Baru-baru ini ada imej lain mengaitkan Xiaomi Mi 7 dengan pelindung skrin. Buat masa ini ia belum boleh dipastikan milik Mi 7. Apa-apapun perkembangan Xiaomi Mi 7 akan dikongsi dari masa ke semasa.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here