vivo X21 Dilancarkan Secara Rasmi Di Singapura – Harga Sekitar RM2,400

491
**********

Semalam kami ada berkongsi berita mengenai vivo X21 yang telah menerima pensijilan dari SIRIM dan bakal tiba di pasaran tempatan pada bulan ini (Mei). Hari ini, vivo telah berkongsi berita mengenai pelancaran rasmi vivo X21 yang berlangsung di Singapura.

Telefon pintar ini akan mula dijual di Singapura bermula 5 Mei 2018 dengan harga USD799 (sekitar RM2400). Namun begitu, vivo masih belum berkongsi tarikh sebenar bila pelancaran rasmi telefon pintar ini di pasaran Malaysia.

vivo X21 menjadi bualan hangat apabila hadir dengan teknologi biometrik baru, di mana sistem pengimbasan cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning) pada pameran MWC yang lepas.

Selain itu, kamera utama dan depan beresolusi 12 Megapiksel, disokong oleh 1.28μm piksel yang boleh mempertingkatkan kejelasan gambar. Malah kehadiran teknologi AI HDR pula mampu mengesan intensiti cahaya di sekeliling anda untuk menghasilkan kualiti gambar yang bagus walaupun dalam keadaan gelap.

Menjadi persoalan sekarang, adakah harga ini yang akan diperkenalkan di Malaysia kelak? Pendapat kami, harganya mungkin tidak lebih dari RM2,000. Sama-sama kita nantikan!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here