Vivo V9 Red Velvet Sudah Mula Dijual Di Pasaran Tempatan

440
**********

Vivo V9 warna Red Velvet sudah mula dijual di pasaran tempatan bermula 12 Mei yang lalu. Secara tidak langsung warna ini juga menyambut kemenangan kerajaan Pakatan Harapan yang memenangi pilihanraya umum ke-14 baru-baru ini.

Harga untuk pilihan warna Red Velvet ini tidak berubah dan masih kekal dengan tanda harga RM1,399 sebuah. Vivo V9 hadir dengan skrin hampir penuh, dwi kamera berkuasa AI (kecerdasan buatan), kamera depan 24 Megapiksel yang jelas, serta sarat dengan ciri-ciri yang dimahukan rata-rata pengguna Malaysia.

Vivo V9 Red Velvet boleh didapatkan di stor online Lazada dan kedai-kedai wakil sah seluruh negara. Sementara itu, untuk warna biru Sapphire pula, vivo kini membuka untuk pra-tempahan di Lazada.

Baca juga: Reviu Eksklusif: vivo V9, Dwi Kamera Lakar Sejarah!

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here