**********

Semenjak telefon pintar siri Huawei P20 diperkenalkan di pasaran Malaysia, apa yang boleh dikatakan Huawei kali ini berjaya dalam mempromosikan produknya. Jika sekarang kita berjalan di depan kedai-kedai Huawei, kita boleh lihat ramai pengunjung membelek-belek peranti berkenaan.

Walaubagaimanapun, siri Huawei P20 bukan sahaja menfokuskan pada aspek penggambaran tetapi ia juga berkebolehan untuk melakukan tugas-tugas lain. Melalui bantuan kecerdasan-buatan (AI) yang ada pada cip Kirin 970, telefon ini lebih praktikal digunakan di mana sahaja serta ia amat memudahkan si pemakainya.

Baca Juga:

Di bawah kami sertakan sejumlah 10 ciri-ciri tambahan yang diintegrasikan ke dalam peranti siri Huawei P20 yang boleh digunakan. Jika anda tidak sempat atau terlepas untuk membaca artikel bahagian satu, anda boleh luangkan masa dengan membaca:

Tips! 10 Fungsi Tambahan Siri Huawei P20 Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

 

 

1) Menukar Mod Warna Paparan

Tidak semua orang memiliki mata yang sama, ada yang tinggi tahap silau, ada yang mudah berasa pedih. Oleh itu, dengan siri Huawei P20 pengguna boleh laraskan tahap warna dan suhu pada paparan mengikut keselesaan yang diinginkan.

Settings → Display → Colour & eye comfort → Colour mode & temperature

Sebanyak 16 juta warna disediakan kepada pengguna untuk dilaras menerusi glob warna yang disediakan. Jika pengguna merasakan tetapan yang dilakukan masih belum sesuai, pengguna boleh gunakan cara alternatif dengan menghidupkan fungsi Natural Tone.

Settings → Display → Colour & eye comfort → Natural tone (aktifkan)

Fungsi ini secara automatik akan melaraskan warna dan suhu paparan mengikut persekitaran semasa menggunakan sensor yang terdapat di bahagian takuk skrin.

 

2) Masukkan Laci Aplikasi

Sebaik membuka peranti Huawei P20 atau Huawei P20 Pro, peranti tidak menyediakan laci aplikasi, sebaliknya setiap aplikasi akan diletakkan di halaman utama. Namun begitu, tidak semua pengguna menyukai antaramuka ini termasuklah kami.

Laci aplikasi boleh diaktifkan menerusi Settings → Display → Home screen style

Bagi menambah laci aplikasi yang tampak lebih kemas dan teratur, anda boleh mengaktifkan menerusi Settings.

 

3) Mod Sebelah Tangan

Mod ini sangat sesuai digunakan apabila pengguna memegang peranti dengan sebelah tangan, lantas memudahkan jari mencapai setiap penjuru paparan. Pengguna tidak perlu membuat tetapan bahagian di Settings, tetapi dengan meleret jari ke kiri atau kanan pada butang kapasitif di bahagian bawah skrin.

Jadi, kepada pengguna yang memiliki jari yang tidak cukup panjang, ciri ini mungkin boleh membantu.

 

4) Ketuk Skrin Untuk Screenshot

Mengambil gambar skrin di kebanyakan peranti Android memerlukan pengguna untuk menekan butang suara bawah dan butang hidup/kunci secara serentak.

Lain pula pada siri Huawei P20,  pengguna hanya perlu mengetuk skrin sebanyak sekali menggunakan belakang jari dan gambar skrin sedia untuk diambil.

Atau ketuk sekali diikuti buat bulatan di mana-mana bahagian yang ingin di-screenshot kan.

 

5) Ketuk Skrin Untuk Video Screenshot

Video screenshot berfungsi untuk merakam aktiviti di paparan skrin. Misalnya anda ingin tunjuk kepada rakan kenalan antaramuka Huawei P20 menggunakan format video, fungsi ini boleh digunakan serta merta dengan mengetuk skrin sebanyak dua kali menggunakan belakang dua jari.

Untuk makluman, jika peranti dalam keadaan terkunci, ia tidak dapat diaktifkan.

 

6) Guna Pengecaman Wajah

Selain mengunci peranti menggunakan pengimbas cap jari, siri Huawei P20 juga menawarkan sistem pengecaman wajah untuk menyahkunci peranti.

Untuk mengaktifkan sistem keselamatan pengecaman wajah, boleh ke Settings → Security & privacy → Face unlock

Fungsi ini juga memudahkan pengguna membuka peranti tanpa menyentuhnya, ia juga lebih pantas dan selamat digunakan.

 

7) Sorokkan Aplikasi

Jika inginkan lebih privasi, pengguna boleh mengunci apa sahaja aplikasi yang dirasakan ingin disorok, sekaligus individu lain tidak dapat membaca mesej yang dihantar.

Settings → Security & privacy → App Lock → Masukkan kata laluan → Pilih aplikasi

Tidak pada sesetengah peranti di pasaran, pengguna perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga.

 

8) Jadual Mematikan/Menghidupkan Peranti

Bagi pengguna yang tidak mahukan gangguan semasa tidur atau dalam masa sama inginkan penjimatan kuasa bateri, boleh cuba mematikan dan menghidupkan semula peranti dengan membuat tetapan jadual ON/OFF mengikut waktu yang diinginkan.

Untuk jadualkan peranti, boleh ke Settings → Smart assistance → Schedule power ON/OFF

Ciri ini tidak ada pada semua peranti, jadi untuk siri Huawei P20 ia merupakan ciri yang agak menarik.

 

9) Kongsi Fail Lebih Pantas

Jika produk Apple ada fungsi AirDrop, Huawei juga ada fungsi yang hampir sama dinamakan Huawei Share. Melalui Huawei Share, pengguna boleh menghantar gambar, video dan fail-fail ke peranti Huawei yang lain tanpa perlu menggunakan cara tradisional, Bluetooth.

Hantar fail ke peranti Huawei dengan cara seperti contoh: Pilih gambar → Share → Huawei Share → Tap nama peranti

Bukan itu sahaja, Huawei Share juga mampu berkongsi fail-fail ke komputer tanpa perlukan sambungan sebarang wayar dan data internet.

 

10) Pengurusan Telefon

Lebih sinonim dengan nama Phone Manager, ia merupakan aplikasi semua-dalam-satu di mana akan menguruskan pemprosesan telefon termasuk mencadangkan kepada pengguna untuk mengoptimumkan prestasi peranti.

Untuk mengekalkan prestasi peranti, pengguna boleh ke Phone Manager yang terletak di menu utama.

Pengguna boleh membersihkan ‘sampah’ data, mengawal bateri, mengimbas virus dan memilih panggilan dan SMS untuk disekat.

 

Ulasan…

Jadi dengan 10 tips di atas, diharapkan ia boleh dimanfaatkan kepada para pengguna siri Huawei P20. Di samping itu, kepada yang bercadang untuk memiliki peranti terbaharu Huawei ini, selamat membeli!

Siri Huawei P20 adalah generasi telefon pintar generasi masa kini, ia sarat dengan ciri-ciri yang diperlukan pengguna. Peranti ini juga tidaklah terlalu mahal sehingga harga mampu ‘mencekik leher’, ia dijual pada tanda harga yang kompetitf dan bak kata pepatah melayu “Menang membeli, menang memakai”.

 

[ Video ] 12 Tips Tambahan Siri Huawei P20 ↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here