Tip! 4 Cara Mengambil Gambar Cantik Khusus Untuk Pengguna vivo V9

259
**********

Baru-baru ini sekumpulan pelajar Kelab Fotografi Universiti Xiamen Malaysia telah berkunjung ke Taman Botani National, Shah Alam. Kumpulan yang diketuai oleh jurugambar profesional tempatan Alexio Yeoh dikehendaki mengambil beberapa gambar bertemakan alam semula jadi menggunakan telefon pintar vivo V9. Disebabkan peranti ini menjadi hangat sejak akhir-akhir ini, mereka telah mengambil keputusan untuk menguji sejauh mana kehebatan kamera pada vivo V9.

Di samping itu, mereka turut berkongsi tip bagaimana ingin mengambil gambar dengan lebih cantik melalui beberapa cara dan kaedah. Jom skodeng

Monochrome

Gambar monochrome merupakan gambar hitam dan putih yang tidak selalu digunakan oleh pengguna telefon pintar. Bagi sesetengah penggemar fotografi, mereka menganggap mengambil gambar hitam dan putih boleh membawakan ekspresi perasaan kepada orang yang melihatnya.

Bak kata-kata emas jurugambar terkenal Swiss-Amerika, Robert Frank “Hitam dan putih adalah warna fotografi. Bagi saya ia melambangkan harapan alternatif dan keputusan yang tetap untuk umat manusia selama-lamanya.”

Untuk menggunakan tapisan monochrome ini, pengguna perlu mengakses ke pilihan “Filter” dan pilih efek “Chaplin” untuk mengaktifkannya.

Swafoto Lebih Ceria

Rutin mengambil swafoto setiap hari terutamanya golongan wanita adalah sesuatu perkara yang normal. Oleh itu, bagi mendapatkan gambar swafoto yang cantik dan jelas, mereka memerlukan sebuah kamera depan yang baik.

Dengan vivo V9, peranti ini dilengkapi kamera 24 Megapiksel dengan ciri menarik yang dinamakan AR Sticker. Melalui integrasi AR (realiti gabungan), pengguna boleh menggunakan pelbagai efek menarik untuk menambahkan lagi kecerian pada setiap gambar yang diambil.

Kecantikan ialah kuasa, senyuman pula adalah senjata”, ungkapan John Ray (Naturalis Inggeris)

Gambar Pemandangan Berlatar Cahaya

Di sini, mod yang paling sesuai digunakan ialah mod HDR. Melalui mod ini, ia menjadikan gambar pemandangan kelihatan lebih natural dan lebih terperinci. Sebagai contoh, gambar langit akan menjadi jelas atau lebih kebiruan berbanding menggunakan mod biasa yang terang dan keterlaluan (over-exposed).

Vincent Van Gogh, seorang pelukis Belanda kurun ke-18 menganggap “Ia bukanlah bahasa pelukis tetapi bahasa alam yang patut didengar oleh seseorang, perasaan untuk perkara diri sendiri, realiti yang lebih penting daripada perasaan terhadap gambar.”

Gambar Makro (Close-up)

“Jika anda benar-benar sukakan alam semula jadi, anda akan mendapat keindahan di mana-mana saja” – Vincent Van Gogh.

Gambar makro ialah gambar yang diambil dari jarak dekat. Kaedah mengambil gambar sebegini sering dilakukan oleh rata-rata pengguna sama ada untuk mengambil gambar objek atau tumbuh-tumbuhan.

Efek bokeh daripada vivo V9 ini sekaligus mampu memberikan bantuan cahaya dalam setiap swafoto yang diambil. Pengguna boleh memilih beberapa efek cahaya untuk mencipta gambar dengan stail yang berbeza dan mengubah persekitaran seperti studio penggambaran sendiri.

 

4 Tip Mengambil Gambar Menarik dengan vivo V9!

 

Akhir kata…

Melalui empat tip yang dikongsikan, kami harap pengguna vivo V9 dapat memanfaatkannya disamping dapat melihat kemampuan sebenar vivo V9 terutamanya sistem kamera yang disediakan.

Vivo V9 telah mula berada di pasaran Malaysia bermula Mac 2018 dengan tanda harga RM1,399. Ia didatangkan dengan pilihan warna Pearl Black, Gold, Velvet Red dan Sapphire Blue. Pembelian di stor online boleh dibuat di Lazada dan 11street, malah pelanggan turut ditawarkan dengan promosi semasa yang dijalankan.

 

Reviu Eksklusif: vivo V9, Dwi Kamera Lakar Sejarah!

Baca juga: Reviu Eksklusif: Jalan-Jalan Bersama vivo V9 Di Putrajaya!

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here