[Tertiris] Motorola Moto Z3 Play Hadir Dengan Skrin Hampir Penuh Dengan Sistem Modular

383
**********

Motorola Moto Z2 Play telah berada di pasaran Malaysia semenjak bulan tujuh tahun lalu. Peranti Motorola dalam segmen pertengahan ini menawarkan beberapa ciri menarik salah satunya ia merupakan peranti modular yang boleh disambungkan kepada kamera Hasselblad, Speaker JBL, projektor, dan bateri sekunder.

Terbaru, tersebar di arena sesawang menunjukkan imej dimana Motorola hadir dengan Moto Z3 Play. Apa yang boleh dilihat pada generasi terbaru ini, ia tidak didatangkan dengan pengimbas cap jari di bahagian depan mahupun belakang. Dikatakan sistem biometrik tersebut telah dialihkan ke butang di sebelah sisi kerangka. Bagimanapun ruang bezel kini telah dinipiskan melalui skrin yang bersaiz sekitar 6-inci.

Motorola Moto Z3 Play yang menggunakan nombor kod model XT1929 turut menunjukkan ia menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama tampalan kesematan bertarikh 1 Mei. Spesifikasi lain yang mungkin hadir ialah cip pemproses Snapdragon 636, memori 4GB / 32GB dan 6GB / 64B, serta bateri berkapasiti 3,000mAh.

Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dibuat pihak pengeluar. Ada sumber mengatakan Motorola Moto Z3 Play dijangka akan diperkenalkan Jun kelak.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here