Telefon Pintar Paling Berkuasa, Huawei Mate RS Porsche Design Kini Tiba Di Malaysia – Berharga RM6,999

435
**********

Jika anda masih ingat, seiring pelancaran Huawei P20 dan P20 Pro di Paris, syarikat gergasi ini turut memperkenalkan sebuah lagi peranti edisi terhad Porsche Design iaitu Huawei Mate RS.

Kepada yang menunggu telefon pintar berkuasa ini, ada berita baik buat anda kerana Huawei Mate RS Porsche Design kini telah tiba di Malaysia. Lebih eksklusif, hanya 200 unit sahaja ditawarkan untuk pasaran tempatan dan dijual pada harga RM6,999.

Didatangkan dengan paparan skrin 18:9 bersaiz 6.0 inci AMOLED QHD (resolusi 2K) dengan pilihan warna hitam, ia dikuasakan dengan pemproses Kirin 970 bersama kapasiti RAM 6GB dan storan sebesar 256GB. Hadir bersama bateri berkapasiti 4,000mAh, malah diberi kelebihan unit pengecasan pantas SuperCharge dan pengecasan tanpa wayar.

Pada bahagian kamera pula, Mate RS Porsche Design menyokong lensa kamera sama seperti Huawei P20 Pro. Gabungan tri-kamera menempatkan sensor 20MP + 40MP + 8MP (telefoto) di samping menyokong video gerak-perlahan 960fps, zoom hibrid 5-kali dan lain-lain.

Lebih istimewa, pembeli Mate RS Porsche Design akan mendapat kad VIP eksklusif yang boleh diakses dengan pelbagai tawaran menarik seperti Tealive, Celebrity Fitness, iflix, Zouk dan beberapa lagi.  

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here