Tawaran Menarik Dalam Promosi “Gaya Raya Bersama Huawei”

462
**********

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Jadi untuk memeriahkannya, Huawei bakal mengadakan tawaran promosi dibawah kempen “Gaya Raya Bersama Huawei” menawarkan hadiah keseluruhan sehingga RM100,000.

Pelanggan yang bertuah akan membawa pulang tiket percutian 4 hari 3 malam untuk empat (4) orang ke Tokyo Disneyland, Jepun dan Club Meli Bali, Indonesia. Selain itu, Huawei juga akan memberikan trip percutian menarik, baucar tunai, dan cenderahati eksklusif apabila pelanggan membeli mana-mana telefon pintar Huawei.

Kempen ini akan bermula dari 18 Mei hingga 17 Jun 2018 dimana pelanggan yang membeli peranti Huawei berpeluang untuk mendapatkan 250 keping baucar RM200 dan hadiah menarik seperti:

  • Huawei P20 (RM2,599) – Cawan dan kabel data berwarna-warni eksklusif bernilai RM249.
  • Huawei P20 Pro (RM3,299) – Cawan dan kabel data berwarna-warni eksklusif bernilai RM249.
  • Huawei Mate 10 (RM2,299) – Kotak hadiah Mate 10 mengadungi botol eksklusif dan penapis udara bernilai RM169.
  • Huawei Mate 10 Pro (RM3,099) – Kotak hadiah Mate 10 mengadungi botol eksklusif dan penapis udara bernilai RM169.
  • Huawei Nova 2i (RM999) – Beg travel bernilai RM79.
  • Huawei Nova 2 Lite (RM799) – Beg travel bernilai RM79.
  • Huawei M3 Lite (RM999) – Pen stylus dan pelindung boleh-lipat bernilai RM59.

Untuk menyertai kempen “Gaya Raya Bersama Huawei”, pelanggan perlu ikuti langkah mudah ini dengan:

  1. Setiap satu pembelian telefon pintar, pelanggan hanya diberikan satu peluang sahaja untuk cabutan bertuah.
  2. Peserta perlu menjawab dua soalan dan masukkan maklumat terperinci didalam borang cabutan bertuah berkenaan.
  3. Borang cabutan bertuah itu hendaklah dihantar ke pejabat Huawei.
  4. Pemenang akan diberitahu pada 6 Julai 2018 di laman Facebook Huawei Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here