Sony Beri Percuma Fon Kepala Tanpa Wayar (CH400) Untuk Pembelian Peranti Terpilih

430
**********

Lebih kurang sebulan sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bersempena dengan itu, Sony kini mengadakan satu promosi dinamakan Hari Raya Bersama Xperia, menawarkan fon kepala tanpa wayar (Sony CH400) secara percuma untuk setiap pembelian Sony Xperia XZ2 dan XZ Premium yang mana masing-masing dijual pada harga RM3,299 dan RM2,699.

Tidak cukup dengan itu, Sony juga menambah beberapa hadiah lain iaitu Pek Eksklusif yang mengandungi enam aksesori antaranya:

  • Pelindung skrin Nano
  • Sarung peranti Sony
  • Power Bank 10,000mAh
  • Batang swafoto Xperia
  • Cincin Telefon Xperia
  • Kabel OTG

Pek Eksklusif ini juga akan diberikan kepada pelanggan yang membuat pembelian peranti yang lain iaitu Xperia XA2 Ultra dan XA1 Plus. Harga untuk kedua-dua peranti ini adalah lebih mampu milik dan merupakan peranti kelas pertengahan pada harga RM1,799 dan RM1,299 seunit.

Bagi yang berminat, tawaran ini sah bermula 15 Mei sehingga 1 Jun 2018 yang boleh dibeli di mana-mana stor rasmi Sony seluruh Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here