Samsung Galaxy A6 Dan A6+ (2018) Diperkenalkan Dengan Kamera Sehingga 45MP?!

323
**********

Samsung hari ini memperkenalkan dua buah peranti Galaxy A6 dan Galaxy A6+ (2018) untuk pasaran Eropah, Amerika Latin, dan Asia. Kedua-dua model secara tidak langsung telah menyertai barisan Galaxy A dan salah satunya hadir dengan sistem dwi kamera untuk aspek penggambaran yang lebih baik.

Samsung Galaxy A6+ dilengkapi skrin bersaiz 6” Super AMOLED FHD+ (2280 x 1080p) 18:5:9 yang dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 450 serta sistem operasi Android 8.1 Oreo. Kamera utama dibekalkan sensor 16 Megapiksel aperture f/1.7 dan 5 Megapiksel aperture f/1.9 yang mampu merakam gambar di dalam gelap dan bokeh sama seperti Galaxy A8+ (2018) yang dilancarkan beberapa bulan lalu. Kamera depan diberikan sensor yang besar, 24 Megapiksel aperture f/1.9 dengan bantuan LED flash.

Sementara Samsung Galaxy A6 pula mendapat perkakasan kurang perkasa dengan skrin 5.6” Super AMOLED HD+ (1480 x 720p) 18:5:9 dengan ketersedian set cip Exynos 7870 berkelajuan sederhana 1.6GHz bersama-sama sistem Android 8.1 Oreo. Kamera tidak didatangkan dengan sistem dwi kamera sebaliknya kamera tunggal 16 Megapiksel aperture f/1.7 dan kamera swafoto 24 Megapiksel aperture f/1.9 dimuatkan.

Samsung Galaxy A6 dan Galaxy A6+ (2018) tidak dipadankan bateri yang besar, ia hanya berkapasiti 3,500mAh dan 3,000mAh dengan sambungan USB Type-C. Aspek keselamatan diperkukuhkan dengan pengimbas cap jari di sebelah belakang tubuh selain fungsi pengecaman wajah turut diintegrasikan. Disamping itu, fungsi Bixby Vision, Bixby Home, Bixby Reminder serta sambungan NFC juga menyokong transaksi pembayaran tanpa tunai, Samsung Pay.

Kedua-dua peranti akan dipasarkan dengan memori 3GB/32GB atau 4GB/64GB di ketiga-tiga benua seperti yang dimaklumkan awal tadi pada bulan ini dengan pilihan warna Lavender, Blue, Black, dan Gold. Tiada pengumuman harga dibuat.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here