Sah!!! vivo X21 Akan Dirasmikan Pada 5 Jun 2018 di Malaysia

825

Setelah sebulan vivo X21 dilancarkan di negara jiran Singapura, kini vivo Malaysia telah mengesahkan tarikh rasmi pelancarannya di Malaysia pada 5 Jun 2018, hari Selasa.

Sejak MWC 2018 yang lepas, vivo X21 telah menjadi perbualan hangat di seluruh dunia kerana kehadiran teknologi biometrik baharu – sistem pengimbas cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning), selain pengecaman wajah.

X21 dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 bersama RAM 6GB + 128GB ROM, menyokong memori tambahan sehingga 128GB. Paparan FullView 19: 9 menawarkan pandangan yang lebih luas dan lebih mendalam berbanding model sebelumnya, ini menjadikan setiap permainan dan video lebih menarik dan menyeronokkan.

Rekaan dwi lensa turut ada ada X21, di mana kamera utamanya hadir dengan gabungan lensa 12MP + 5MP, sementara kamera hadapan beresolusi 12MP. Walaupun dalam keadaan gelap atau pencahayaan yang kurang, dengan adanya teknologi AI HDR anda masih boleh menghasilkan gambar berkualiti tinggi. Sama juga pada AI Face Beauty, gambar swafoto atau potret akan lebih jelas dan semula jadi.

Hasil gambar

Buat masa kini harga dan jualan terbuka vivo X21 masih tidak diketahui lagi, apa-apa nantikan laporan lanjut dari kami. Sementara menunggu, mungkin anda ingin tahu apa perbezaan vivo V9 dan X21, boleh baca di SINI.