**********

HARGA: RM1,599

Jabra yang dikenali sebagai jenama terkemuka dalam penghasilan produk komunikasi dan bunyi kebelakangan ini melebarkan sayap dengan memperkenalkan Jabra Evolve 75e. Jenama dari Amerika Syarikat ini juga telah mengguna pakai rekaan earbud buat pertama kalinya dalam siri ini.

Kelebihan Jabra Evolve 75e adalah sesuai digunakan dalam persekitaran yang bising kerana hadir dengan teknologi pembatalan bunyi aktif. Malah earphone ini juga turut dibangunkan dengan sistem mikrofon yang unik supaya setiap panggilan yang dibuat sentiasa berkualiti tinggi. Ingin mengetahui apakah yang menarik mengenai Jabra Evolve 75e, lihat reviu dari kami.

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

SPESIFIKASI

  • Dimensi > (Headset) 176 x 186 x 54mm / (aksesori) 135 x 45 x 12mm
  • Berat > 50g
  • Bateri > (masa berbual) 13 jam / (mendengar muzik) 14 jam
  • Masa mengecas > 2 jam
  • Pengiktirafan > IP54 (kalis air)
  • Sambungan > Bluetooth 4.2 & USB 2.0
  • Jarak > 30 meter (100 kaki)
  • Waranti > 2 Tahun

 

REKA BENTUK

Menampilkan rekaan tanpa wayar, sesuai untuk mereka yang aktif.

 

Sisi kanan menempatkan butang kuasa, laras suara dan juga status LED bateri.

 

Sisi kiri pula hanya kelihatan butang ANC, LED ANC serta butang yang boleh mengakses Siri/Google Now.

 

Pada bahagian wayar sebelah kanan terdapat speaker serta lampu Busylight yang berwarna merah apabila sedang berbual di talian.

 

Apabila tidak digunakan, anda boleh melekatkan kedua-dua earbud ini untuk membantu menjimatkan baterinya.

 

Bahagian atas / leher telah tersedia sebuah port USB 2.0 yang digunakan untuk mengecas.

 

CARA SAMBUNGAN

TELEFON PINTAR

  1. Buka Bluetooth pada telefon pintar anda.
  2. Tekan butang kuasa selama 3 saat, sehingga keluar lampu berwarna biru.
  3. Dengar arahan pada Evolve 75e, kemudian tekan untuk sambungkan.

 

KOMPUTER RIBA/PC

Manakala untuk menyambungkan earphone ini dengan komputer riba atau PC juga mudah, anda hanya perlu cucuk Bluetooth adapter (USB Dongle) yang disediakan pada komputer riba, kemudian ikut arahan seterusnya dan selesai!

 

CIRI-CIRI MENARIK!

Kebanyakan produk Jabra hadir dengan sokongan tahan lasak, begitu juga dengan Evolve 75e. Ia menyokong pengiktirafan IP54 yang sememangnya kalis air, pasir dan debu, sesuai untuk mereka yang aktif.

Menawarkan teknologi Active Noise Cancellation yang amat sesuai digunakan dalam persekitaran yang bising dalam Evolve 75e.

Earphone ini turut dibangunkan dengan sistem mikrofon yang unik yang mana hadir dengan tiga buah mikrofon berteknologi Cystal-clear supaya setiap panggilan yang dibuat sentiasa berkualiti tinggi.

Hadir dengan lima butang kawalan pintar untuk menjawab panggilan dan mendengar muzik, termasuk satu butang pintar untuk mengakses Siri/Google Now.

Menawarkan masa berbual selama 13 jam dan masa mendengar muzik pula adalah 14 jam. Manakala masa untuk mengecas peranti ini juga pantas, hanya 2 jam sahaja.

Pengiktirafan UC-certification juga menjamin kualiti dalam komunikasi persidangan dan pemacu UC-adoption pula memudahkan sambungan antara telefon pintar dan komputer.

 

KOMEN

Tidak dinafikan, sepanjang menggunakan Jabra Evolve 75e, apa yang kami suka adalah mengenai rekaannya yang selesa dipakai walaupun dalam jangka masa panjang. Rekaan yang ergonomik juga membolehkan pengguna menyesuaikannya di dalam persekitaran pejabat atau di luar pejabat.

Dengan penawaran bateri sehingga 14 jam untuk mendengar muzik, anda boleh mendengar muzik dengan bebas di mana sahaja berada tanpa perlu risau mengenai bateri kerana earphone ini mampu mengecas penuh hanya dalam masa 2 jam sahaja.

Selain itu, salah satu kelebihan Jabra Evolve 75e adalah kehadiran teknologi Active Noise Cancellation yang sesuai untuk digunakan dalam persekitaran yang bising. Jadi tidak menjadi masalah untuk menjawab panggilan walaupun ketika berada di jalan raya atau kawasan dengan persekitaran yang bising. Malah kehadiran tiga buah mikrofon dengan teknologi Crystal-clear pula membolehkan setiap panggilan yang dibuat sentiasa berkualiti tinggi.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here