**********

HARGA : AKAN DATANG (RM1,399)

Sebelum ini Huawei telah memperkenalkan P20 dan P20 Pro secara rasmi di Malaysia. Terbaru Huawei tampil dengan telefon pintar kelas pertengahan yang diberi nama Huawei nova 3e. Sekali pandang, peranti ini kelihatan mirip seperti P20 di mana menampilkan paparan skrin ‘rongak’ 5.84 inci beresolusi 2280×1080 piksel dengan rekaan kerangka berasaskan kaca.

Baca Juga:

Lebih menarik, nova 3e turut menawarkan penggambaran dwi-kamera sepertimana P20 tetapi direndahkan resolusinya sesuai untuk harga mampu milik! Ingin mengetahui apa yang menarik mengenai telefon pintar terbaru Huawei ini, lihat reviu eksklusif dari kami.

 

:: PAKEJ PEMBELIAN ::

 

:: PERBEZAAN SPESIFIKASI ::

 

:: FIZIKAL ::

Paparan Skrin Rongak Bersaiz 5.84 Inci

Menampilkan paparan skrin sedikit besar berbanding P20, nova 3e menyokong paparan skrin rongak berukuran 5.84 inci beresolusi 2280×1080 piksel dengan 96% warna gamut.

Lebih menarik, telefon pintar ini menampilkan rekaan kerangka berasaskan gelas dan kerangka logam. Di bahagian bawah skrin juga terdapat tulisan Huawei.

 

Lensa Swafoto

Selain menawarkan penggambaran dwi-kamera utama, nova 3e juga memfokuskan kepada pengguna yang gemar berswafoto di mana hadir dengan lensa hadapan beresolusi 24 Megapiksel.

Bersebelahan lensa turut kelihatan sebuah earpiece serta sensor proximity dan ambient light.

 

Port Audio & USB Type-C

Pada bahagian atas nova 3e kelihatan agak kosong kerana hanya menyediakan sebuah lubang mikrofon sahaja.

Bahagian atas
Bahagian bawah

Manakala pada bahagian bawah pula digunakan secara optima apabila menempatkan port audio, USB Type-C yang berada di tengah-tengah, lubang mikrofon serta sebuah speaker.

 

Sisi Telefon Pintar

Sisi kanan telefon pintar ini telah dilengkapi dengan dua butang yang biasa kita lihat iaitu butang Kuasa dan juga laras Volume.

Sisi kanan
Sisi Kiri

Manakala sisi kiri pula telah menempatkan dua slot kad SIM jenis hibrid, di mana anda boleh memilih untuk menggunakan dua kad SIM jenis nanoSIM ataupun memilih sama ada kad nanoSIM dan kad tambahan microSD.

 

Panel Belakang

Salah satu kelebihan telefon pintar ini adalah dilengkapi dengan dwi-kamera yang terletak di panel belakang walaupun hadir dalam kelas pertengahan.

Di bahagian bawah lensa pula terdapat sebuah LED flash dan bersebelahan dengannya pula kelihatan sensor pengimbas cap jari. Panel belakang yang diperbuat daripada kaca mudah meninggalkan kesan cap jari.

 

ULASAN…

Tidak dinafikan Huawei nova 3e menampilkan rekaan mirip seperti Huawei P20, di mana menawarkan paparan skrin rongak bersaiz 5.84 inci serta menyokong dwi-kamera utama yang semakin menjadi trend pengeluar hari ini. Ramai juga mengatakan model nova 3e ini adalah sebagai model P20 Lite yang menawarkan spesifikasi dan harga yang lebih rendah berbanding P20 yang diperkenalkan sebelum ini.

Walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan, telefon pintar ini masih menawarkan spesifikasi menarik yang jarang ditemui pada telefon pintar kelas pertengahan seperti pengecasan pantas, pengecaman wajah, Huawei Health dan beberapa lagi.

 

Unboxing! Huawei nova 3e ↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here