**********

HARGA: RM1,399

Kepada yang mempunyai bajet kecil tetapi dalam hati teringin untuk menggunakan Huawei P20, anda boleh pertimbangkan model terbaru dari Huawei yang dikenali sebagai nova 3e.

Hadir dengan rekaan mirip Huawei P20 tetapi menawarkan spesifikasi lebih rendah dan harga juga lebih murah berbanding Huawei P20. Ingin mengetahui adakah telefon pintar ini setanding dengan P20 secara keseluruhannya, teruskan membaca reviu eksklusif dari kami!

Reviu Bah 1 >> Reviu Eksklusif: Huawei nova 3e, Menampilkan Rekaan Mirip Huawei P20?!

 

CIRI-CIRI PINTAR HUAWEI NOVA 3E

Permainan Mudah Alih

Tidak semua peranti pintar yang hadir dengan paparan skrin rongak menyokong paparan skrin penuh untuk permainan mudah alih. Seperti nova 3e, tidak semua permainan menyokong paparan skrin penuh seperti Mobile Lagend.

Tetapi jika anda bermain permainan perlumbaan kereta seperti Racing 3 mahupun Asphalt 8, ianya hadir dengan paparan skrin penuh.

Spider-Man
Racing 3

 

Sembunyikan Notch

Kepada yang tidak gemar dengan paparan skrin ‘rongak’ atau lebih dikenali dengan nama Notch, anda boleh menyembunyikannya.

Caranya juga mudah, hanya perlu ke Settings -> Display -> Notch -> Hide notch. Ia secara automatik akan menghilangkan paparan skrin ‘rongak’ serta digantikan dengan paparan skrin normal.

 

Pengecaman Wajah

Kebanyakan telefon pintar kelas pertengahan hari ini hadir dengan pengecaman wajah seperti honor 9 Lite, OPPO F5 dan juga vivo V9.

Pengecaman Wajah

Tidak mahu ketinggalan, nova 3e juga dibekalkan dengan dua pilihan biometrik iaitu pengimbas cap jari dan juga pengecaman wajah.

Pengimbas Cap Jari

Selain mampu membuka peranti dengan lebih pantas, nova 3e juga dikatakan hadir dengan ciri-ciri keselamatan yang ketat seperti tidak boleh membuka peranti sewaktu anda sedang tidur.

 

Huawei Health

Jika ramai pengguna telefon pintar hari ini menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk fungsi kecergasan, berlainan pula dengan nova 3e ini.

Aplikasi Health yang tersedia membantu anda untuk memantau aktiviti senaman yang dilakukan dengan menetapkan sasaran kecergasan yang dikehendaki. Terdapat tiga sasaran yang boleh anda pilih iaitu berdasarkan pada jarak, masa atau kalori.

 

Phone Manager

Aplikasi Phone Manager pula berupaya membantu anda mengurus Huawei nova 3e secara optimum.

Antara fungsi yang disokong adalah penyingkiran fail yang tidak diperlukan, pemantauan penggunaan data Internet, senarai hitam kontak dan banyak lagi. Anda hanya perlu menekan ‘clear’ untuk menghapuskan fail yang tidak diperlukan.

 

:: ZON UJIAN::

UJIAN 1: BENCHMARK

Walaupun telefon pintar ini memfokuskan kepada pengguna yang gemar berswafoto, tetapi ia masih dibekalkan dengan pemproses berkuasa. Bagi yang mementingkan prestasi ketika membeli sesebuah telefon pintar, apa kata anda lihat dahulu ujian benchmark yang dijalankan sendiri oleh kami sebagai panduan memilih peranti mana yang terbaik!

Sebagai perbandingan, kami melakukan juga ujian benchmark terhadap dua model lagi iaitu OPPO F7 dan juga vivo V9.

Ujian Benchmark

 

 

UJIAN 2: BATERI
Spesifikasi bateri:
  • Li-Po 3000mAh
  • 9V2A Pengecasan pantas
  • Power Saving
  • Ultra Power Saving

Jarang dilihat peranti kelas pertengahan yang ada di pasaran hari ini hadir dengan sokongan pengecasan pantas. Berbeza dengan nova 3e kerana ia telah didatangkan dengan adapter pengecas yang menyokong output 9V2A.

Bagi membantu anda untuk melihat sendiri perbezaan masa mengecas yang diambil oleh peranti ini, kami telah menjalankan proses pengecasan dengan tiga model tanpa pengecasn pantas iaitu OPPO F7, vivo V9 dan Xiaomi Note 5.

Masa mengecas penuh bateri dari 5% hingga 100%

 

KOMEN EDITOR

Walaupun Huawei nova 3e hadir dalam kelas pertengahan, tetapi ia menawarkan spesifikasi yang tidak kurang hebatnya seperti Huawei P20. Pada pandangan kami, peranti ini boleh dianggap sebagai model alternatif bagi mereka yang mempunyai bajet rendah, tetapi dalam masa yang sama teringin untuk menggunakan Huawei P20.

Dikuasakan oleh pemproses Kirin 659 dengan RAM 4GB dan storan 64GB, nova 3e dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo bersama paparan antaramuka EMUI 8.0. Sepertimana trend telefon pintar hari ini, telefon pintar ini turut menggunakan dwi kamera utama 16MP + 2MP f/2.2, manakala kamera hadapan pula menggunakan sensor 24 Megapiksel f/2.0. Pada panel belakang turut kelihatan sensor pengimbas cap jari dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Walaupun hadir dalam kelas pertengahan, nova 3e dilihat hadir dengan fungsi kelas atasan seperti pengecaman wajah, ciri-ciri membuat rakaman jelas pada keadaan kurang pencahayaan dan juga sokongan pengecasan pantas (9V/2A).

 

Unboxing! Huawei nova 3e ↓

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here