**********

Dell Inspiron 13 7000 2-Dalam-1 telah diperkenalkan di Malaysia pada bulan September tahun lepas. Ia merupakan sebuah laptop yang boleh dilipat sehingga 360 darjah menggunakan CPU janaan Intel Core Generasi ke-8. Laptop ini mampu memberikan pengguna pengalaman produktiviti yang lebih baik dalam masa sama menawarkan rekaan yang eksekutif.

Walaupun produk ini telah dikeluarkan hampir 8 bulan, ia masih lagi mampu menyaingi laptop-laptop lain yang dikeluarkan selepas itu. Perkara yang membuat pelanggan terus berkira-kira ialah daripada segi harga. Dell Inspiron 13 7000 2-Dalam-1 dijual dengan tanda harga bermula RM5,499 hingga RM5,899 seunit.

 

SPESIFIKASI

 

REKAAN FIZIKAL

Bahagian Luar

Tubuh badan laptop ini diperbuat daripada bahan berasaskan logam dengan logo jenama berwarna krom di depan.

Warna kelabu kusam ini memberikan sentuhan premium dan tidak terlalu menonjol.

Bahagian Dalam

Panel paparan gunakan gelas hitam berbanding zon papan kekunci menggunakan bahan logam tanpa kombinasi sebarang warna selain kelabu kusam.

Terdapat stiker yang menunjukkan sepsifikasi asas di sebelah pad tetikus.

 

Sisi Kiri

Sususan sambungan I/O antaranya menyediakan bicu kuasa, bicu USB Type-C, HDMI, USB-A (khusus mengecas peranti) dan bicu audio.

Selain itu rekaan sisi runcing untuk menampakkan ketebalan laptop lebih minimal.

 

Sisi Kanan

 

Dell memanfaatkan ruang sisi kanan dengan ketersediaan bicu USB-A dan slot untuk kad SD yang jarang ditemui pada laptop masa kini.

Di hujung pula ada slot untuk kabel keselamatan disambungkan bagi tujuan mengunci laptop.

 

Bahagian Bawah

Sistem speaker pada laptop ini diletakkan di bahagian bawah laptop kiri dan kanan, selain itu sistem penyejuk manual, lubang angin ditebuk di bahagian yang hampir dengan motherboard.

Bagi mengingatkan pengguna model laptop, nama Inspiron diletakkan bersama.

 

Paparan

Dell Inspiron 13 7000 2-in-1 menyediakan paparan bersaiz 13.3” IPS LCD FHD boleh sentuh. Ruang bezel yang nipis di tepi dan atas nampak kemas, tetapi bezel di bahagian bawah direka tebal bagi memberi laluan kepada cop jenama.

Bagaimanapun, panel gelas berwarna hitam ini sedikit sebanyak dapat menutup ruang bezel yang ada.

Kami rasakan penggunaan wallpaper hitam lebih sesuai, ia sekaligus menjadikan keseluruhan panel gelas seolah-olah seperti skrin.

 

Papan Kekunci

Nampak hodoh apabila dilihat sekali imbas, apa yang memeranjatkan ialah sebaik jari-jemari diletakkan dalam keadaan sedia untuk menaip, ia sebenarnya amat selesa. Kerja-kerja menaip dan tekanan menekan butang sangat mantap tanpa rasa longgar.

Melalui rekaan ini, aktiviti menaip tidak mengeluarkan bunyi bising kecuali bunyi pada butang space yang selalunya tidak dapat dielakkan.

Lampu backlit berwarna putih yang bercahaya membantu ketika menaip di dalam persekitaran gelap.

 

Pad Sesentuh 

Pad sesentuh pada laptop ini sedikit berlainan apabila disentuh, ia kesat dan tidak licin ketika jari dileret yang mana bila jari berpeluh pad sesentuh masih boleh digunakan dengan baik.

Klik kanan dan kiri tidak clicker dan tidak memerlukan tekanan yang kuat untuk ditekan.

 

MOD OPERASI

Biasa (90°)

Mendatar (180°)

Khemah (330°)

Tablet (359°)

 

BATERI

Sepanjang laptop beroperasi, penggunaan masa yang diperolehi cukup ialah sekitar 4 jam dengan melayari internet, membuat kerja pejabat dan beberapa minit menonton video streaming. Skrin ditetapkan kepada resolusi HD penuh untuk memberikan paparan yang optimum.

Waktu mengecasnya semula, ia mencatatkan masa yang agak lama untuk dipenuhkan walaupun menggunakan teknologi Quick Charge. Hakikatnya ia perlu disambungkan kepada tenaga kuasa elektrik jika digunakan di dalam pejabat ataupun di rumah.

 

PRESTASI

Seperti biasa, ujian prestasi harus dilakukan untuk mengukur tahap keupayaan sesebuah laptop. Dell Inspiron 13 7000 2-dalam-1 menggunakan nadi kuasa yang terkini iaitu Intel Core Generasi ke-8. Jadi, kuasa dan kepantasan memuat turun dan memuat naik perlulah lebih efisyen dan jimat tenaga.

UserBenchmark

Berdasarkan ujian yang telah dijalankan menggunakan penanda aras User Benchmark, prestasi laptop ini lemah daripada segi permainan dengan hanya 18% sahaja, sementara untuk penggunaan desktop agak memuaskan dengan 73% dan untuk workstation tidak sampai 50%.

Tidak dinafikan, cip pemproses yang digunakan mempunyai prestasi yang baik diikuti jenis memori (SSD) yang digunakan, namun pada kad grafik ia hanya biasa-biasa sahaja.

CrystalDiskMark

Selain itu, ujian CrystalDiskMark turut dijalankan bagi mendapatkan rekod kepantasan dalam membaca dan menulis data. Skor yang dicatatkan agak tinggi dan ternyata laptop ini tiada masalah daripada segi kecepatan memproses data.

Kamera yang terletak di sebelah atas skrin nampaknya tidak begitu baik, mungkin disebabkan pengeluar tahu yang pengguna tidak selalu menggunakannya. Jika ada pula, pengguna lebih gemarkan kamera pihak ketika yang lebih besar dan beresolusi tinggi.

 

PR0 +  

  • Paparan skrin jelas dan terang
  • Bezel tidak tebal dan keterlaluan
  • Kerangka badan dengan logam berkualiti tinggi
  • Papan kekunci selesa untuk kerja menaip
  • Butang papan kekunci mantap dan responsif
  • Sambungan I/O yang cukup
  • Bunyi audio yang mendalam
  • Pad sesentuh yang kesat dan tepat

 

KONTRA –

  • Berat walaupun saiz kompak
  • Agak tebal untuk sebuah laptop yang bersaiz 13-inci
  • Pengecasan yang lambat
  • Bateri tidak mampu memberikan penggunaan sekurang-kurangnya setengah hari
  • Susah dibuka sebaik laptop dilipat tutup
  • Rekaan yang ringkas tanpa sentuhan unik
  • Kamera Web tidak beresolusi tinggi

 

KOMEN

Dell Inspiron 13 7000 2-dalam-1 adalah pilihan yang wajar sekiranya anda mencari-cari sebuah komputer riba untuk digunakan untuk melakukan tugasan di pejabat, malah ia juga sesuai untuk golongan eksekutif dalam melakukan pembentangan dan kertas kerja.

Saiznya yang kompak dan tubuh badan yang solid memudahkan ia dibawa ke mana-mana, selain itu bahan binaan yang teguh menjamin komputer riba ini akan bertahan buat jangka masa yang lama.

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here