**********

Xiaomi Redmi Note 5 telah berada di pasaran Malaysia bermula awal bulan Mei ini. Ia mula diperkenalkan secara rasmi setalah dua tahun Xiaomi tidak membuat penampilan di Malaysia. Nampaknya Xiaomi memberi perhatian pada model ini bagi mencantas pasaran telefon pintar kelas pertengahan yang sedia ada di pasaran.

Tidak dinafikan, peranti keluaran Xiaomi jarang sekali hadir dengan spesifikasi mengecewakan. Peranti ini dilengkapi perkakasan yang serba baru melalui cip pemproses Qualcomm Snapdragon 636, menjadikan ia yang pertama di dunia menggunakannya.

Walaupun harga yang ditawarkan sangat rendah berbanding peranti kelas pertengahan yang lain seperti vivo V9 dan OPPO F7, peranti ini telah mempamerkan prestasi yang agak baik sepanjang digunakan.

Sambil itu, apa kata baca dulu…

 

PRESTASI DALAMAN

Qualcomm Snapdragon 636 hadir dengan pemprosesan sepantas 1.8GHz berdasarkan cip sekecil 14µm lapan-teras bersama sistem grafik Adreno 506 GPU.

Ujian Benchmark

Cip keluaran terbaharu Qualcomm ini diperkasakan dengan teknologi Kyro yang biasa boleh dilihat pada cip Snapdragon siri-800 di peranti induk. Bagi mengetahui sejauh mana kebolehan cip ini mampu lakukan, beberapa ujian penanda aras telah dilakukan.

Ujian AnTuTu, GeekBench 4.2, Basemark OS II, GFXBench

 

PROSES MENGECAS BATERI

Xiaomi Redmi Note 5 hadir dengan bateri sebesar 4,000mAh. Bateri ini dikatakan mampu memberikan pengguna kitaran masa sepanjang hari tanpa perlu mengecasnya berkali-kali. Xiaomi sedar bahawa rakyat Malaysia masa kini sangat sibuk menguruskan akaun sosial peribadi, malah sesetengah pengguna hanya ingin memiliki telefon pintar semata-mata untuk bermain permainan mudah alih.

Bateri Xiaomi Redmi Note 5 dicas daripada 14% sehingga penuh

Oleh itu, dengan gabungan cip pemproses efisyen, skrin FHD+, bateri pada peranti ini sememangnya sesuai untuk digunakan dalam melayari internet, menatal media sosial dan bermain permainan mudah alih. Namun, kami tidak gemar untuk menunggu peranti ini semasa ia dicas kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk dipenuhkan.

Di bawah merupakan catatan masa untuk proses pengecasan:

LENSA KAMERA

Dwi kamera di sebelah belakang tak tumpah seperti peranti jenama Apple. Modul kamera yang lebih kurang sama membawakan sensor 12 Megapiksel dan 5 Megapiksel mampu memberikan gambar yang jelas serta terang dengan aperture f/1.9 diikuti bantuan Beautify 4.0.

Lensa Utama

Sensor fokus yang bertindak pantas juga pada mulanya agak sukar dipercayai, tetapi hasil gambar yang diperolehi agak baik jika dibandingkan dengan peranti yang lain pada harga di bawah RM1,000.

Lensa Hadapan

Dalam persekitaran yang gelap kamera tidak mengecewakan, cuma apabila lensa dihalakan ke arah cahaya lampu ia menjadikan imej over-exposed (silau). Walau bagaimanapun, apabila kamera dihalakan ke arah awan di waktu malam, fungsi HDR akan aktif dengan begitu cepat menjadikan kelompok awan mudah untuk dirakam.

Selain itu, antaramuka yang ringkas juga memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan kamera.

Pelbagai efek tapisan
Mod yang berlainan sedia digunakan
Mod panorama, mod pro dan selebihnya tetapan pada bahagian Settings

 

HASIL GAMBAR

Kamera Utama
Outdoor HDR
Outdoor pergerakan
Makro
Makanan
Indoor
Biasa
Efek bokeh
Outdoor malam
Oudoor malam fokus
Outdoor malam makro

 

Kamera Depan
Swafoto biasa dengan Potrait Beautify
Swafoto tanpa cahaya dengan bantuan LED flash
Swafoto berkumpulan

 

CIRI TAMBAHAN

Ciri tambahan yang ada pada peranti Xiaomi Redmi Note 5 ialah aplikasi Mi Fit yang disambungkan dengan jam pintar Mi Band 2.

Kombinasi Jam pintar Mi Band 2 dan peranti Xiaomi Redmi Note 5

Aplikasi ini membolehkan anda memantau tahap kecergasan harian, selain boleh menetapkan sasaran langkah berjalan untuk mencapai matlamat pada akhir bulan. Anda juga boleh mengetahui berat badan semasa menggunakan alat penimbang berat Mi Scale yang diletakkan di rumah.

 

RUMUSAN…

Sepanjang mengulas telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5 ini, kami merasakan telefon ini sesuai bagi mereka yang gemar menonton video dan mengambil gambar. Untuk bermain permainan mudah alih pula ia tidak dikatakan tidak bagus, cuma bila kehabisan bateri itu ia agak lama untuk dicaskan semula.

Antaramuka EMUI 9.5 juga amat mesra pengguna, sekali lagi kami katakan gesture yang mirip seperti iPhone X sangat mudah. Tidak ada butang navigasi sekaligus membuatkan paparan lebih kemas dan nampak penuh.

Kamera tidaklah sebaik yang dikhabarkan oleh pihak Xiaomi sendiri. Bagi kami ia masih berada di tahap sederhana dan memerlukan kemas kini dari semasa ke semasa untuk menjadikan ia lebih baik. Daripada segi binaan, telefon ini terasa seperti peranti berharga di bawah RM2,000.

Apa yang sangat terkilan ialah fungsi pengecasan tidak menyokong pengecasan pantas. Selain daripada itu, kesemua aspek agak memuaskan. Bagi yang ingin mendapatkan peranti ini, kotak pembungkusan tidak didatangkan bersama fon telinga, jadi anda perlu dapatkannya secara berasingan.

 

Unboxing! Xiaomi Redmi Note 5

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here