**********

HARGA: RM 799 (3GB + 32GB) /
RM 999 (4GB + 64GB)

Peranti reviu pada kali ini ialah Xiaomi Redmi Note 5 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada minggu terakhir April 2018. Ia merupakan peranti di bawah siri Note yang telah dikemas kini daripada segi luaran dan dalaman. Siapa yang tidak kenal dengan jenama Xiaomi yang asyik memberikan penjimatan wang kepada penggunanya, kini membuat satu lagi penampilan di mana Xiaomi Redmi Note 5 dijual dengan tanda harga di bawah RM1,000.

Tumpuan Xiaomi untuk peranti ini ialah pada aspek penggambarann yang diikuti cip pemproses yang digunakan. Daripada sudut lain mungkin Xiaomi tidak tekankan, malah rekaannya masih sama seperti model Xiaomi yang lain secara kasarnya. Apa yang diubah ialah bahagian modul kamera utama kini diposisikan secara menegak mengikut trend semasa.

Unboxing!!! 

Harga penjualan yang rendah membuatkan hati kami terpaut untuk mengulas lanjut apakah ciri yang ditawarkan pada Xiaomi Redmi Note 5.

 

SPESIFIKASI

SET PEMBELIAN

FIZIKAL LUARAN

Xiaomi Redmi Note 5 menggunakan tubuh badan berasaskan logam dengan ketebalan sederhana untuk memberi ruang kepada bateri yang besar. Ia juga menggunakan skrin dengan nisbah 18:9 bersaiz 6-inci yang mana kebanyakan pengguna tidak gemarkan. Bagi tangan lelaki seperti editor, ia tidak menjadi masalah, cuma ia sukar untuk diletakkan di dalam poket.

Bagaimanapun, kami rasa jika ruang bezel atas dan bawah ini dapat dinipiskan lagi, sudah semestinya ia lebih mudah untuk dioperasikan dengan sebelah tangan sahaja.

 

Skrin FHD+

Skrin pada peranti ini menggunakan paparan IPS LCD dengan nisbah skrin-ke-kerangka lebih kurang 77.5%. Ia bukanlah sebuah peranti dengan bezel nipis jika ingin dibandingkan dengan Samsung Galaxy S9 yang mencapai 84%.

Skrin yang menyokong resolusi FHD+ ini lebih mengasyikkan apabila menonton filem atau memainkan video. Editor bukanlah yang gemarkan permainan mudah alih, tetapi jika pengguna di luar sana merupakan pemain tegar permainan beresolusi tinggi, paparan ini banyak membantu.

 

Sisi Atas

Fungsi inframerah (IR Blaster) dimuatkan pada peranti ini untuk memudahkan pengguna mengawal peralatan elektronik di rumah seperti televisyen, pendingin hawa, kipas dan lain-lain.

Selain daripada itu, terdapat mikrofon diletakkan bersebelahan dengannya.

 

Sisi Bawah

Di bahagian bawah, peranti ini menyediakan bicu audio, mikrofon dan speaker suara. Kami sangat mengharapkan peranti ini diberikan bicu pengecasan USB-C, namun ia hanya hadir dengan microUSB yang tidak menyokong pengecasan pantas.

(Dari kiri) Speaker, microUSB, Mikrofon, 3.5mm bicu audio

 

Sisi Kanan

Sisi kanan dibariskan dengan butang laras suara dan butang kunci/ON/OFF yang mana agak solid apabila ditekan. Posisi butang-butang ini juga mudah untuk dicapai.

 

Sisi Kiri

Hanya slot SIM yang dimuatkan pada sebelah kiri peranti. Bukan slot biasa tetapi slot hibrid yang diguna pakai.

Ia membolehkan anda memasukkan dua SIM dalam satu-satu masa, ataupun satu SIM dan satu kad microSD untuk tambahan storan jika storan asal tidak mencukupi.

 

Sudut Belakang

Panel belakang Xiaomi Redmi Note 5 didatangkan dengan sistem pengimbas cap jari yang pantas.

Modul kamera yang menegak ini pula kelihatan menonjol dan menambah sedikit rupa kosmetik pada peranti ini. Di samping itu, terdapat logo Xiaomi dan tulisan yang diukir laser.

 

 

ANTARAMUKA

Antaramuka yang digunakan pula ialah MIUI 9.5 yang terkini. Menariknya pada antaramuka terbaharu ini ialah telefon boleh dikawal seakan mengawal peranti iPhone X.

Leret jari dari bawah ke tengah seketika untuk buka aplikasi latar
Leret jari ke atas untuk balik ke Menu utama
Leret jari dari kiri ke tengah untuk pulang ke halaman sebelum

Ciri gesture paparan penuh boleh diaktifkan dengan menggunakan leretan jari, sekaligus menjadikan skrin lebih kemas tanpa sebarang butang navigasi.

Notifikasi

Selain itu, bahagian notifikasi menerima perubahan yang lebih kemas serta memudahkan. Membalas kandungan mesej seperti WhatsApp kini boleh dilakukan terus di laci notifikasi.

Split-screen

Bagi menambah keupayaan peranti ini, integrasi split-screen membolehkan anda membuka dua aplikasi dalam satu-satu masa. Misalnya kami ingin melihat kandungan berita di Facebook sambil menonton YouTube, ia sama sekali tidak menjadi masalah.

Begitu juga membuka pelajar Google untuk mencari maklumat, skrin sebelah bawah akan membuka pautan yang ditekan pada skrin sebelah atas. Maksudnya pengguna boleh mencari maklumat lain tanpa perlu kembali ke enjin carian Google semula.

Cara mengakses split-screen dengan menekan icon bar melintang di penjuru atas kiri skrin

 

Contoh antaramuka lain:
Menu utama
Pelbagai pilihan wallpaper
Ruang settings

 

ULASAN…

Setakat ini, secara kasarnya telefon ini menawarkan rupa luaran yang baik dan kelihatan seperti peranti premium. Ia tidaklah begitu berat dan warna hitam yang dikemaskan tampak menawan.

Skrin yang besar dengan resolusi tinggi tidak banyak yang ditawarkan pada jenama lain untuk harga di bawah RM1,000. Kedudukan butang amat selesa dicapai serta ciri gesture dengan meleret jari tanpa butang navigasi sangat mudah.

Nantikan ulasan seterusnya dalam reviu bahagian 2 ya!!

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here