**********

HARGA: RM699 (3gb + 32gb) /
rm849 (4gb + 64gb) / rm999 (6gb + 64gb)

ASUS hari ini nampaknya telah membuat kemunculan apabila mereka baru sahaja melancarakan ZenFone Max Pro (M1) ke pasaran Malaysia. Kali ini mereka membawakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang berkuasa pada harga yang mesra poket. Peranti ini juga merupakan peranti pertama keluaran ASUS yang menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo berasaskan antaramuka Android asli.

Jika baru-baru ini Xiaomi Redmi Note 5 menjadi pilihan segelintir pengguna kerana spesifikasinya yang serba lengkap, apa yang kami boleh katakan ZenFone Max Pro (M1) juga menawarkan perkakasan yang hampir sama, malah lebih baik berbanding model Xiaomi tersebut termasuk daripada segi harga. Kini, ia secara rasminya ditawarkan pada harga kompetitif iaitu serendah RM699 seunit.

 

SPESIFIKASI

 

KOTAK PEMBUNGKUSAN

 

ASPEK LUARAN

Binaan Berkualiti

ASUS ZenFone Max Pro (M1) hadir dengan kerangka unibodi diperbuat daripada logam. Walaupun hanya tebal sedikit berbanding lawannya, peranti ini direka dengan begitu kompak bertujuan untuk meminimumkan berat badannya.

Ia dilengkapi bateri yang cukup BESAR bersama skrin yang luas bernisbah 18:9 bersaiz 6-inci. Ia juga selesa untuk dipegang berikutan kedudukan butang dan pengimbas cap jari yang ergonomik.

 

Warna Menarik

Peranti ini dicat dengan menggunakan warna yang menarik, dua warna pilihan yang dikeluarkan ialah Perak dan Biru gelap. Mungkin dua warna ini ditawarkan khusus kepada golongan lelaki dan perempuan.

Warna perak yang menjadi peranti ulasan kami pada kali ini kelihatan lembut dan sedikit ke arah warna rose gold. Ukiran laser pada logo jenama tidak keterlaluan menjadikan bahagian belakang peranti tampak kemas.

Untuk ulasan selebihnya pada bahagian luaran, anda boleh baca artikel PREVIU kami.

 

ANTARAMUKA

Android Asli Pertama

Buat pertama kalinya ASUS menampilkan sebuah telefon pintar dengan antaramuka Android asli. Sistem operasi berasaskan Android Oreo ini kini dilihat lebih kemas dengan aplikasi pra-pasang yang terhad. Menghidupkan peranti tidak lagi mengambil masa yang lama, malah membuka aplikasi juga lebih pantas.

Pengguna yang memiliki peranti Android asli dikatakan sering ditawarkan kemas kini versi Android terbaru. Ini termasuklah ASUS ZenFone Max Pro (M1) yang dikatakan akan menerima kemas kini selama dua tahun daripada pengeluar.

 

Tiada Bloatware Lagi

Jika dulu sistem operasi pada peranti ZenFone diganggu oleh bloatware yang tidak diingini oleh para pengguna, ia sekaligus memberi kesan terhadap pengalaman pengguna lebih-lebih lagi peranti menjadi lag dan sistem operasi tersekat.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna yang selesa menggunakan peranti Android oleh kerana ia boleh di-customise, ZenFone Max Pro (M1) tidak menawarkan ciri sedemikian. Ciri gesture juga tidak ada dan kesemua sistem operasi adalah terhad.

 

KUASA DALAMAN

Cip Pemproses Terbaru

ZenFone Max Pro (M1) dijana menerusi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 636 iaitu peranti kedua di dunia selepas Xiaomi Redmi Note 5.

Menurut pengeluar, cip model terbaru ini menjanjikan prestasi yang lebih baik berbanding Snapdragon 625 keluaran tahun 2016. Apa kelebihan pada cip ini ialah keupayaannya memainkan permainan bersaiz besar tanpa masalah.

 

Skor Benchmark Tinggi

Ditemani dengan RAM 3GB jenis LPDDR4X, peranti ini telah mendapat skor yang tinggi dalam ujian penanda aras sekaligus meningkalkan Redmi Note 5 di belakang. Cip lapan-teras 14nm juga dibina untuk memproses perisian dengan lebih efisyen.

Sementara pada sistem grafik Andreno 509, ia menawarkan gambar yang cantik untuk permainan mudah alih yang lebih menyeluruh.

 

Bateri Besar

Salah satu ciri yang menjadi imej tumpu ialah pada bahagian baterinya. ASUS sedar bahawa golongan muda yang gemar bermain game tidak akan memilih peranti dengan kapasiti bateri yang kecil. Jadi, dengan ZenFone Max Pro (M1), ia hadir dengan bateri jauh lebih besar berbanding lawannya, Xiaomi.

Melalui ujian yang dilakukan oleh pihak ASUS sendiri, permainan seperti Mobile Legends, Garena AOV dan Free Fire: Underground mampu menawarkan masa bermain sehingga melebihi 11 jam.

Masa Mengecas Penuh

Selain itu, pengalaman hiburan juga menjadi lebih mengasyikkan apabila peranti ini menawarkan sehingga 20 jam masa menonton menerusi aplikasi kandungan penstriman Netflix.

Dengan ketebalan hanya 8.5mm, ZenFone Max Pro (M1) telah dinobatkan sebagai telefon pintar dengan bateri 5,000mAh paling nipis di dunia.

 

SISTEM KESELAMATAN

Face Unlock

Teknologi pengecaman wajah yang semakin luas digunakan pada telefon pintar hari ini boleh dilihat pada peranti berharga ratusan Ringgit. Ini termasuk ZenFone Max Pro (M1) yang menyokong ciri Face Unlock yang memudahkan pengguna menyahkunci peranti.

Pengaktifan Face Unlock

Sistem pengecaman wajah ini tidaklah terlalu pantas dan kelajuan mengimbas muka hanya di tahap memuaskan.

 

Pengimbas Biometrik

Tidak pasti sama ada pengimbas cap jari masih relevan digunakan atau tidak pada masa kini, peranti ini turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari jenis biometrik di bahagian belakang. Bagi eRing, menggunakan ciri ini lebih cepat dan mudah dengan hanya meletakkan jari berbanding perlu menatap skrin untuk mengimbas wajah.

Pengimbas cap jari sebagai pilihan utama kami

Selain daripada itu, ciri sokongan keselamatan seperti paten, kata laluan dan PIN masih disediakan untuk pengguna yang lebih gemarkan cara tradisional.

 

TIGA SLOT KAD

Bagi pengguna yang mempunyai dua SIM yang berbeza dan kad microSD, peranti ini dibekalkan dengan tiga slot kad.

Tiga slot kad untuk dua kad SIM nano serta satu kad microSD

Ciri ini sangat membantu kerana ketiga-tiga kad boleh digunakan secara serentak, lantas tidak perlu menggunakan dua telefon yang berbeza. Dua slot SIM ini menyokong rangkaian 4G LTE.

 

LENSA KAMERA

Untuk pengetahuan pembaca, telefon berkamera yang terbaik pernah dikeluarkan oleh ASUS ialah model ZenFone 3 Zoom. Menurut ASUS, sistem pemproses penggambaran yang dihasilkan pada peranti tersebut sangat sempurna bahkan model-model yang dikeluarkan selepasnya masih belum dapat menandingi prestasi pada telefon tersebut.

Dwi Kamera Utama

Dalam usaha membina telefon berkamera yang baik pada harga berpatutan, ASUS telah meletakkan sistem dwi kamera utama pada ZenFone Max Pro (M1). Gabungan dwi lensa 13MP + 5MP ini dikuasakan oleh Snapdragon Camera di mana tetapan pada antaramuka kamera ini mudah untuk diakses dan digunakan.

Modul kamera hanya terkeluar sedikit sahaja daripada permukaan

Menariknya, walaupun dijual pada harga yang rendah namun kamera ini tetap menawarkan ciri bokeh yang boleh mengaburkan latar belakang dengan baik. Selain itu, beberapa mod penggambaran turut disediakan melalui Snapdragon Camera ini.

Contoh antaramuka Snapdragon Camera

Tiada mod profesional dimasukkan dan kami tidak terkilan kerana bagi kami rata-rata pengguna tidak akan menggunakan mod ini kerana tujuan kamera pada telefon pintar ialah “point and shot”.

 

Kamera Swafoto

Kamera depan dimuatkan dengan sensor 8 Megapiksel yang menyokong bantuan LED flash. Dalam masa sama, gambar swafoto juga boleh diambil dengan efek bokeh bersama face beauty.

Kamera depan dan (kanan) Softlight LED flash

 

HASIL GAMBAR

Outdoor

Makro

Malam

Warna

 

Swafoto

Swafoto (Bokeh+Beauty)

Bokeh

Outdoor

Outdoor

 

KOMEN

Komen kami mengenai ASUS ZenFone Max Pro (M1) dengan harga RM699 ialah ia sebuah telefon pintar yang agak menarik untuk dibeli. Ciri dan perkakasan juga boleh dikatakan agak lengkap terutamanya daripada segi bateri dan prestasi. ASUS juga memberi jaminan kemas kini untuk peranti ini dari masa ke semasa. Tambahan pula, sistem ruang storan yang menyokong kad microSD juga boleh memberi pengguna ruang simpanan fail yang lebih besar.

Bagi anda yang inginkan peranti untuk bermain game tetapi dalam masa sama ingin jimatkan poket, kami sarankan anda untuk mendapatkan peranti ini. Sebenarnya tidak banyak peranti di luar sana yang menawarkan spesifikasi seperti ZenFone Max Pro (M1) ini, jika ada harganya pula agak tinggi.

 

Legasi ASUS ZenFone Max setelah tiga tahun ia diperkenalkan kepada pengguna

Pro

  • Paparan luas sesuai untuk bermain game dan menonoton video √
  • Bateri tahan lama √
  • Pantas dalam melayari internet √
  • Antaramuka kemas tanpa bloatware
  • Antaramuka mudah digunakan √
  • Kamera mudah dikendalikan √
  • Harga sangat berpatutan √

 

Kontra

  • Sensor kecerahan skrin tidak responsif
  • Panel logam dengan kerangka badan tidak dicantum dengan baik
  • Face Unlock tidak begitu pantas
  • Butang fizikal tidak mantap
  • Isu bug pada kamera mungkin disebabkan oleh set reviu
  • Sistem pengecasan hanya menyokong 5V/2A
  • Pilihan warna yang terhad

 

Eksklusif Hands-on! ASUS ZenFone Max Pro (M1) ↓↓↓

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here