**********

Model Pertama OPPO Pertaruhkan Dwi-Kamera Utama
16MP + 20MP AI

OPPO Malaysia baru-baru ini telah berkongsi teaser mengenai peranti siri-R generasi baru yang bakal diperkenalkan di Malaysia pada 24 Mei 2018 ini. Peranti ini dikeluarkan dengan kemasan warna baharu dengan sentuhan Karim Rashid, pereka industri terkemuka dunia. Apa yang menariknya OPPO R15 Pro, ia merupakan telefon pintar pertama keluaran OPPO di pasaran Malaysia yang menawarkan lensa penggambaran dwi-kamera dengan ciri-ciri penggambaran yang menarik.

Tidak hanya memfokuskan kepada fungsi penggambaran, OPPO R15 Pro juga sesuai untuk mereka yang mementingkan prestasi sesebuah  peranti. Dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo dengan pemproses Snapdragon 660 berkelajuan Octa-core 2.2GHz, peranti ini menawarkan RAM sebesar 6GB dan storan 128GB. Malah kehadiran pengecasan pantas VOOC membolehkan anda mengecas bateri berkapasiti 3,430mAh dengan lebih pantas.

Pra-Tempahan boleh dibuat mulai 25 Mei 2018.

 

:: 10 CIRI-CIRI MENARIK OPPO R15 PRO ::

01. Penggambaran Dwi-Kamera 20MP AI

Tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan lensa dwi-kamera, R15 Pro menjadi model pertama hadir dengan penggambaran dwi-kamera utama yang dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh OPPO Malaysia, setelah OPPO R11 dilancarkan di pasaran China pada Jun 2017.

Menawarkan lensa beresolusi 16MP+20MP dengan sokongan PDAF, gandingan sensor Sony IMX519 bersama aperture f/1.7 ini mampu menghasilkan gambar yang lebih cerah dengan dinamik warna yang lebih baik walaupun dalam pencahayaan rendah.

Contoh Hasil Gambar

02. 20MP AI Beauty 2.0

Sokongan teknologi AI Beauty 2.0 pada kamera swafoto R15 Pro dilihat sebagai perintis swafoto yang sempurna.

Ia mampu mengesan jantina, umur, warna kulit dan tekstur serta persekitaran pencahayaan yang mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.

Contoh Hasil Gambar

03. 3D Potrait Light

Tidak dinafikan kesemua telefon pintar dwi-kamera hari ini menawarkan kamera utama dengan efek bokeh, tetapi tidak semua peranti itu menyediakan ciri latar belakang hitam.

Salah satu kelebihan R15 Pro adalah kamera utamanya boleh mengambil gambar dengan efek 3D Potrait Lighting.

Contoh Hasil Gambar

 

04. AR Sticker

Bagi memberi lebih keseronokan semasa mengambil gambar, telefon pintar ini telah hadir dengan pelekat AR yang comel untuk digunakan.

Pengguna boleh memilih pelekat yang disukai sebelum mengambil gambar menggunakan kamera utama ataupun swafoto. Jangan lupa berkongsi gambar yang diambil ke laman sosial.

Contoh Hasil Gambar

05. Paparan Skrin Penuh 19:9

Jika sebelum ini, OPPO F7 menggunakan skrin bersaiz 6.23 inci, R15 Pro pula menampilkan paparan skrin lebih besar berukuran 6.28 inci.

Masih mengekalkan resolusi 2280×1080 dan nisbah 19:9, telefon pintar ini hadir dengan rekaan nisbah skrin-ke-kerangka 89% yang masih sesuai dipegang dengan sebelah tangan.

 

06. Rekaan Gelas 3D

Berbeza dengan rekaan model OPPO sebelum ini, R15 Pro kini menampilkan rekaan yang lebih premium dengan kualiti bahan binaan berasaskan gelas 3D.

Rekaan melengkung ini secara tidak langsung kelihatan lebih elegan dan bergaya, malah rekaannya juga nipis dengan ketebalan hanya 8mm sahaja.

 

07. Warna Istimewa

OPPO R15 Pro dikeluarkan dengan kemasan warna baharu dengan sentuhan Karim Rashid, pereka industri terkemuka dunia.

Didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red, OPPO mensasarkan penjualan peranti ini kepada golongan milenium yang mementingkan gaya kerana kemasan warna gradien ini mempunyai dua tona warna yang berbeza.

 

08. Full Screen Multitasking

Sepertimana OPPO F7, R15 Pro juga hadir dengan sokongan Full Screen Multitasking yang membolehkan pengguna membuat tugasan dengan mudah.

Sebagai contoh, jika menerima SMS ketika sedang bermain permainan mudah-alih, anda boleh terus membaca mesej sambil bermain.

Smart Convenience –> Full Screen Multitasking –> ON

Namun begitu, fungsi ini perlu diaktifkan terlebih dahulu di ruangan tetapan.

 

09. Game Acceleration

Telefon pintar ini tidak hanya memfokuskan kepada fungsi multimedia sahaja, tetapi juga kepada mereka yang mementingkan prestasi sesebuah peranti.

Kepada yang gemar bermain permainan mudah alih, telefon pintar ini boleh dipertimbangkan kerana ia dibekalkan dengan RAM 6GB dan storan 128GB.

Malah sokongan Game Acceleration pula memudahkan anda mengawal permainan.

 

10. Pengecasan Pantas (VOOC)

Sokongan teknologi VOOC Flash Charge pada R15 Pro pastinya menjanjikan masa mengecas yang sangat pantas kerana berdasarkan kenyataan yang dibuat, dengan hanya 5 minit masa mengecas, anda berupaya menikmati 2 jam masa panggilan.

Ini bermakna, anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengecas penuh bateri berkapasiti 3,430mAh yang dimiliki oleh telefon pintar ini.

 

Unboxing! OPPO R15 Pro ↓↓↓

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here