Rebut Peluang Mendapatkan Honor 10 Pada Harga RM1,599 Serta Hadiah Menarik

1257

Bersempena pelancaran honor 10 semalam, pihak honor Malaysia ingin mengingatkan sekali lagi kepada orang ramai berhubung promosi yang dijalankan. Secara rasminya honor 10 dijual pada harga RM1,699 tetapi untuk menggalakkan lebih ramai pengguna mendapatkan peranti ini, ia kini dijual pada harga RM1,599 eksklusif di gedung beli belah atas talian Shopee dan HiHonor.

Promosi ini dijalankan untuk tempoh terhad bermula 24 Mei 2018. Tiada tarikh khusus bilakah ia akan berakhir tetapi seperti yang dimaklumkan semalam, promosi akan tamat pada 31 Mei 2018 kelak. Pelanggan yang membuat pembelian honor 10 dalam tarikh tersebut akan menerima hadiah menarik berupa fon kepala Bluetooth (AM61) bernilai RM169.

Promosi ini juga mengenakan terma dan syarat dimana seperti yang diberitahu, stok barangan percuma tertakluk kepada siapa cepat dia dapat. Selain itu, promosi rebat tunai sebanyak RM100 ini adalah sebahagian daripada menyambut kehadiran GST sifar yang diumumkan kerajaan minggu lepas.