**********

Peminat Honor pasti sudah tidak sabar dengan kehadiran Honor 10 yang tidak lama lagi (22 Mei 2018) akan dilancarkan di Malaysia. Honor 10 merupakan sebuah peranti kelas induk tahun ini selepas Honor 8 Pro diperkenalkan tahun lepas. Kali ini kita pun sudah jangka yang Honor akan mengeluarkan telefon pintar mengikut trend semasa melalui penggunaan skrin bertakuk dan sistem kamera lebih pintar.

 

SPESIFIKASI

 

PAKEJ PEMBUNGKUSAN

 

REKA BENTUK

Honor 10 hadir dengan rekaan cukup menawan, di mana membekalkan sebuah skrin takuk bersaiz 5.84-inci IPS LCD FHD+ dengan resolusi 2240 x 1080 piksel.

Selain itu kamera depan 24 Megapiksel turut dibekalkan, apabila diterbalikkan modul kamera utama direka secara melintang dengan meletakkan sensor 24MP + 16MP untuk unit penggambaran.

Kedudukan butang nampaknya tiada perubahan dengan peranti lain. Apa yang boleh kita lihat ialah butang laras suara, butang kunci ON/OFF dan slot SIM masih berada di posisi yang sama.

Sistem pengimbas cap jari di bawah panel gelas merupakan antara yang terawal pada telefon pintar

 

BICU FON KEPALA

Sejak akhir-akhir ini kebanyakan telefon pintar induk tidak membekalkan bicu audio, sekaligus menghalang pengguna untuk menyambungkan fon telinga untuk mendengar muzik atau sebagainya.

Tidak terjadi pada Honor 10, ia masih lagi sebuah peranti ‘mesra pengguna’ kerana dilengkapi bicu audio 3.5mm.

 

INFRA-MERAH (ALAT KAWALAN JAUH)

Honor 10 menyediakan alat kawalan jauh atau lebih dikenali sebagai IR Blaster. Ia memudahkan pengguna untuk mengawal barangan elektronik seperti penghawa dingin, televisyen, set-top-box (STB), kamera, pemain DVD dan projektor.

Contoh mengawal penghawa dingin tanpa menggunakan alat kawalan jauh asal

 

CIP PEMPROSES

Bahagian dalaman, Honor 10 menggunakan cip pemproses HiSilicon Kirin 970 sekaligus memberikan Honor 10 kuasa yang maksimum dalam masa yang sama membantu jabatan kamera memproses gambar melalui fungsi AI (kecerdasan buatan).

 

 

WARNA

Rekaan pada Honor 10 dinamakan Aurora, warna ini memang unik kerana ia akan nampak seperti bertukar setiap kali dipusingkan.

Di satu sudut ia berwarna ungu, satu sudut ia berwarna biru, dan sudut yang lain pula seakan warna bercampur.

Honor memaklumkan setiap peranti dengan warna yang sama dikeluarkan, efek pantulan warna tidak akan sama. Ini kerana Honor memberikan sentuhan yang ekslusif untuk setiap unit yang dijual.

 

 

Laporan yang lebih teliti pada keupayaan dalamannya, nantikan seterusnya di reviu penuh kami. sekarang, layan dulu video hands-on eksklusif dari ering.

 

Hands-on! honor 10 ↓↓↓

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here