Perbezaan vivo V9 Dengan vivo X21 Yang Patut Anda Tahu

758
**********

Mungkin ramai diantara pembaca yang sudah kenal dengan peranti vivo V9. Bagaimanapun tidak lama lagi vivo bakal membawa masuk vivo X21 ke pasaran Malaysia yang mana telefon pintar ini dilengkapi pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Jadi, untuk perbezaan antara vivo V9 dan vivo X21, di bawah anda boleh lihat kedua-duanya hadir dengan rekaan depan yang hampir sama. Dua peranti ini menyediakan paparan FullView dengan nisbah 18:9 serta nisbah skrin-ke-badan yang melebihi 90 peratus untuk X21 dan 90 peratus pada V9.

Pada sebelah belakang, vivo V9 dipadankan dengan pengimbas cap jari tradisional, tetapi untuk vivo X21 ia tidak lagi mengenakan pengimbas cap jari biometrik sebaliknya menggunakan pengimbas cap jari ultrasonik terbina pada skrin. Ini bermakna vivo X21 menjadi peranti yang terawal di dunia merealisasikan teknologi itu pada sebuah telefon.

Daripada segi perkakasan dalaman, memori RAM 6GB dan 128GB storan dimuatkan pada badan vivo X21. Untuk vivo V9 ia hanya ditawarkan memori sebesar 4GB dan 64GB storan. Beralih ke lensa kamera belakang, terdapat dwi sensor 16 MP + 5 MP untuk vivo V9. Bagi X21 pula, ia menerima gabungan kamera 12 MP + 5 MP. Bagaimanapun, untuk kamera depan V9 dibekalkan sensor 24 Megapiksel, sementara X21 dengan sensor 12 Megapiksel.

Itu antara perbezaan yang boleh kita lihat secara kasar buat masa ini. Dijangka vivo X21 akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Jun dan harga masih belum diumumkan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here