Peranti OPPO Dengan Spesifikasi Tinggi Bakal Dilancarkan Di Malaysia

510
**********

OPPO mengumumkan pihaknya bakal mengadakan majlis pelancaran peranti terbaharu pada 24 Mei ini di Malaysia. Peranti yang dimaksudkan ialah OPPO R15 Pro dan ia akan dilengkapi perkakasan dalaman yang lebih baik berbanding OPPO F7 yang kini di pasaran.

Bukan sahaja aspek dalaman yang dinaik taraf malah aspek luaran khususnya tubuh badan kini lebih premium dengan kualiti bahan binaan berasaskan gelas 3D. OPPO R15 Pro hadir dengan memori sehingga 6GB RAM dan 128GB storan termasuk unit pengecasan pantas VOOC Flash Charge.

Difahamkan, OPPO mensasarkan penjualan peranti ini kepada golongan milenium yang mementingkan gaya kerana kemasan warna gradien ini mempunyai dua tona warna yang berbeza.

Buat masa ini, OPPO hanya berkongsi maklumat yang mana OPPO R15 Pro didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red. Apa-apapun kita tunggu sehingga pelancaran rasmi kelak.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here