Pengguna Huawei nova 3e Kini Boleh Nikmati Tawaran Sehingga RM 3,000 Dengan Aplikasi AppGallery

532
**********

Seiring dengan pelancaran Huawei nova 3e baru-baru ini, Huawei turut memperkenalkan aplikasi pra-pasang mereka yang dikenali sebagai AppGallery. Kedai atas talian ini bertujuan memperkayakan kehidupan seharian pengguna dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menarik.

AppGallery ini mempunyai pemeriksaan keselamatan 3-lapisan bagi setiap aplikasi, sekaligus dapat menjamin data peribadi dan privasi pengguna tidak dicerobohi. Dalam aplikasi ini, terdapat pelbagai tawaran dan diskaun menarik diutamakan kepada pengguna nova, jenama disenaraikan seperti berikut:

Jenama Keistimewaan Untuk Pengguna nova
Doctor2U RM30 to RM3,000 off
oBike RM30 off
Manga RM12 off
HERMO RM15 off
Easybook 5% off
AirAsia Tiket Promosi Bulanan Eksklusif
EzCab RM6 off
GoCar RM30 off
CyberLink RM25 off
NovelPlus VIP Member Percuma
Daily Manga Coin Percuma
Viu Langganan Percuma Sehingga 12 Bulan

 

Untuk pengetahuan anda semua, aplikasi AppGallery tidak akan dijumpai di AppStore atau Google Playstore kerana ia akan dipra-pasang pada Huawei nova 3e. Penawaran di atas boleh ditebus melalui langkah-langkah berikut:

  1. Buka AppGallery pada Huawei nova 3e
  2. Pilih “Me”, tekan “Gifts”.
  3. Klik pada ikon “Reward” untuk langkah seterusnya
  4. Klik “Claim” untuk menebus atau muat turun aplikasi

Huawei nova 3e boleh dibeli di semua kedai rasmi dan pengedar sah Huawei bermula hari ini (25 Mei 2018). Tawaran pulangan tunai bernilai RM79 menjadikan harga peranti ini hanya RM1,320 sahaja sehingga 31 Mei 2018 ini. Selain itu, pelanggan juga akan menerima Huawei Tripod Selfie Stick bernilai RM68 sementara stok masih ada.

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here