OPPO Malaysia Umum R15 Akan Hadir Tidak Lama Lagi Di Pasaran Tempatan?!

281
**********

OPPO Malaysia hari ini berkongsi teaser mengenai peranti siri-R generasi baru yang bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. Peranti ini dikatakan mungkin dikeluarkan dengan kemasan warna baharu dengan sentuhan Karim Rashid, pereka industri terkemuka dunia.

OPPO R15 ini juga akan menggunakan perkakasan dalaman berspesifikasi lebih tinggi berbanding peranti OPPO yang berada di pasaran sekarang. Setakat ini, orang ramai lebih tertumpu pada model OPPO F7, sementara untuk R15 ia mungkin akan mengambil alih perhatian selepas ia dilancarkan kelak.

Tiada maklumat lanjut mengenai siri-R yang dikongsikan, tetapi kami jangka ia akan mendarat di Malaysia selewat-lewatnya bulan hadapan. Sebelum ini OPPO R9s dijual pada harga RM1,828, dan untuk versi akan datang ia kemungkinan tidak melebihi RM2 ribu.

Di luar negara, OPPO R15 dilengkapi skrin OLED 6.28-inci FHD+, pemproses Mediatek Helio P60 atau Snapdragon 660 dengan memori 6GB RAM serta 128GB luas storan. Sistem dwi kamera 16MP + 5MP akan dijana bateri sebesar 3,400mAh, selain dioperasikan Android 8.1 Oreo.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here