OPPO Berjaya Hasilkan Panggilan Video 5G Pertama Di Dunia

278
**********

OPPO Global Research Institute, Shenzhen hari ini mengumumkan syarikat mereka berjaya dalam demonstrasi panggilan video 5G pertama di dunia melalui teknologi struktur cahaya 3D.

Demonstrasi tersebut menghasilkan imej potret 3D melalui data yang diterima daripada peranti OPPO dan prototaip terminal 5G oleh syarikat Qualcomm Technologies. Kejayaan ini sekaligus membolehkan teknologi 5G menjadi fokus seterusnya untuk digunakan di industri dan fasiliti dalam era 5G akan datang.

Dalam ujian demonstrasi ini ia memperlihatkan peranti kustom OPPO R11 digunakan untuk menghasilkan struktur cahaya menerusi informasi warna pada objek menggunakan fungsi RGB. Kemudian ia dialihkan dibawah persekitaran 5G dan akhir sekali dipancar melalui skrin paparan kawalan.

Menurut pihak atasan syarikat berkenaan, teknologi ini akan dikomersialkan kepada pengguna pada peranti OPPO dalam masa lebih kurang enam bulan akan datang. Penyelidikan ini sebenarnya telah dibangunkan selama tiga tahun hasil kerjasama dengan Qualcomm Technologies.

Oleh itu, OPPO akan menjadi pengeluar telefon pintar pertama di dunia menawarkan panggilan video 5G kepada pengguna di masa kelak.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here