OnePlus 6 Kini Rasmi Dengan Skrin Takuk, Snapdragon 845, Sokongan Video 4K

387
**********

OnePlus 6 akhirnya diperkenalkan secara rasmi menawarkan peranti berspesifikasi tinggi dengan rekaan yang lebih segar. Apa yang dibawakan pada kali ini ialah skrin hampir penuh dengan takuk bersama tubuh badan gelas yang berkilau.

OnePlus 6 dipadankan skrin bersaiz 6.28-inci Optic AMOLED 19:9 dengan resolusi 2280 x 1080 piksel yang menyokong teknologi paparan terkini. Peranti ini dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845, RAM sehingga 8GB, serta storan sehingga 256GB berasaskan UFS 2.1. Tiada sokongan kad microSD disediakan kepada pengguna.

Pada jabatan kamera, OnePlus 6 menggunakan dwi kamera utama 16 Megapiksel dan 20 Megapiksel. Sensor ini mampu merakam video sehingga 4K 60fps dan video gerak-perlahan 480fps. Penstabilan imej pula dibantu jenis optikal (OIS), sementara kamera depan 16 Megapiksel menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan) untuk mod potret.

Sistem keselamatan untuk peranti ini boleh diakses melalui pengimbas cap jari dan pengecaman wajah sepantas 0.4 saat. Bateri yang dimuatkan pula sebesar 3,300mAh yang mana unit pengecasan Dash Charge (5V/4A) diguna pakai.

Walaupun hadir dengan tubuh badan gelas, OnePlus 6 tidak menyokong pengecasan tanpa wayar. Ia didatangkan dengan pilihan warna Mirror Black, Matte Midnight Black, dan Silk White. Selain itu, peranti ini menyokong ciri kalis percikan air dan sistem operasi Android 8.1 Oreo serta ditawarkan Android P Beta.

OnePlus 6 dijual pada harga bermula USD529 (lebih kurang RM2,099), namun untuk pasaran Malaysia ia masih belum diumumkan lagi dan dijangka tiba tidak lama lagi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here