Olike Malaysia Menawarkan Weloop Neo Pro – Berharga RM399

703
**********

Olike Malaysia telah mengumumkan peranti kecergasan terbaru untuk pengguna tempatan yang diberi nama Weloop Neo Pro. Dengan menggunakan peranti kecergasan ini, pengguna bukan sahaja boleh memantau aktiviti harian dan juga aktiviti bersenam, tetapi ia juga boleh digunakan ketika tidur bagi memastikan pemantauan yang lebih lengkap.

Weloop Neo Pro hadir dengan paparan skrin sentuh berwarna yang menjanjikan ketahanan bateri yang mampu bertahan selama 15 hari dengan hanya sekali cas. Malah proses pengecasan juga lebih mudah kerana ia boleh terus disambungkan ke port USB pada palam kuasa mahupun komputer tanpa memerlukan sambungan kabel.

Pemantauan aktiviti seharian lebih mudah dengan adanya bantuan aplikasi khas dari Weloop Neo Pro.

Selain itu, peranti ini turut disediakan dengan GPS terbina-dalam, sensor pengimbas nadi, ciri kalis air sedalam 30 meter dan juga penerimaan notifikasi pintar.

Kepada yang berminat, Weloop Neo Pro telah mula dijual di pasaran tempatan bermula 19 Mei 2018 pada harga RM399, dengan jaminan waranti selama 1 tahun untuk program penukaran 1-ke-1. Ia boleh dibeli melalui beberapa saluran berbeza termasuklah kedai konsep Olike, pengedar rasmi Olike, kedai konsep OPPO, Lazada, 11street dan juga Shopee.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here