**********

Siri Huawei nova kini menjadi sebuah telefon pintar antara yang popular dalam kategori peranti kelas pertengahan. Huawei sangat komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna seperti contoh Huawei nova 2i menjadi yang terawal menggunakan Face Unlock, Kamera AR, seterusnya kemas kini yang terbaru.

Bermula penghujung tahun 2017 sehingga bermulanya tahun 2018, banyak telefon pintar mula dilancarkan. Dalam kaedah mempromosi produk, pihak pengeluar kini dilihat berlumba-lumba menawarkan peranti pada harga yang berpatutan khususnya pengguna di Malaysia. Oleh itu, mari kita lihat tiga peranti yang disenarai pendek yang memiliki tanda harga di bawah RM1,400.

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 400,000 unit Huawei nova 2i telah terjual sejak ia berada di pasaran sehingga kini. Tumpuan pengguna ialah pada kelengkapan empat kamera (2 utama, 2 depan) yang disediakan. Jadi untuk melawan semula, Vivo V9 dan OPPO F7 dilengkapi skrin takuk dan tingkat taraf pada sistem fotografi.

Bagaimanapun antara tiga peranti ini, jelas Huawei nova 2i mempunyai tanda harga yang paling rendah iaitu RM999, manakala OPPO F7 dan vivo V9 sama-sama dijual pada harga RM1,399.

 

CIP PEMPROSES

Pada sudut perkakasan dalaman terutamanya cip pemproses, setiap telefon mempunyai teras kuasa yang mampu menyokong segala aktiviti misalnya menonton video, menatal media sosial dan bermain permainan bergrafik sederhana. Jika cip pemproses dipadankan dengan tepat, peranti akan beroperasi dengan baik tanpa sebarang masalah.

Seperti contoh, Huawei nova 2i dilengkapi cip pemproses kelas pertengahan iaitu Kirin 659 lapan-teras (4 x 2.36GHz dan 4 x 1.7GHz) yang stabil dan lancar. Sementara itu, vivo V9 menggunakan cip pemproses Snapdragon 626 yang telah lama dilancarkan dan cip MediaTek MTK Helio P60 pada OPPO F7 antara yang baru dihasilkan.

Apa yang boleh katakan, cip pemproses Kirin 659 sudah dioptimumkan sebaiknya seperti mana dalam kecekapan aplikasi bahkan algoritma pembelajaran mesin turut dioperasikan sepenuhnya tanpa sebarang masalah. Tambahan lagi, penggunaan lancar pada Huawei nova 2i tetap boleh dipastikan walaupun setelah 18 bulan penggunaannya.

 

SKRIN FULLVIEW DISPLAY

Sejak kebelakangan ini banyak telefon pintar baru menawarkan skrin dengan nisbah 18:9 serta bertakuk seperti vivo V9 dan OPPO F7. Ketiga-tiga peranti ini direka dengan ruang bezel yang nipis sekaligus menjadikan ia tampak moden dan seolah-olah telefon di masa depan.

OPPO F7 dan vivo V9 mempunyai resolusi skrin yang sama iaitu FHD+ (1080 x 2280) dengan saiz 6.23-inci dan 6.3-inci. Dua peranti ini dibina dengan takuk di atas selari dengan trend masa kini. Bagaimanapun dengan takuk pada skrin, tidak semua aplikasi dapat menyokongnya. Oleh itu, ada di antara pengguna lebih gemarkan skrin biasa seperti yang terdapat pada Huawei nova 2i.

Skrin pada Huawei nova 2i menyokong paparan resolusi FHD+ (1080 x 2160p) tanpa takuk. Kebaikannya pula, skrin pada peranti ini lebih sesuai untuk menonton kandungan video seperti drama bersiri dan penstriman video.

 

BERAT, DIMENSI DAN WARNA

Huawei nova 2i direka dengan tubuh badan logam sepenuhnya dengan warna biru yang menarik. Beratnya juga sekitar 164g iaitu 10 gram lebih ringan berbanding iPhone X.

Ketebalannya pula adalah 7.5mm, lebih nipis daripada OPPO F7 yang berukuran 7.8mm. Daripada segi warna, OPPO F7 didatangkan dengan warna merah dan warna-warna lain seperti hitam dan perak yang biasa kita lihat. Walaupun dimensi vivo V9 lebih besar, berat peranti ini hanya 150g sahaja.

 

KAMERA

Jika pada tahun-tahun sebelum ini, kamera pada peranti kelas pertengahan dikatakan blur dan tidak jelas, hari ini tidak lagi kerana para pengeluar mampu menghasilkan lensa yang mampu bertugas di dalam persekitaran yang kurang cahaya.

Huawei nova 2i dikatakan mendahului peranti kelas pertengahan kerana ia hadir dengan empat kamera. Di sebelah belakang dibekalkan sensor 16 Megapiksel dan 2 Megapiksel, sementara kombinasi kamera 13 Megapiksel dan 2 Megapiksel terletak di sebelah depan. Lebih menarik lagi, dua belah kamera ini menyokong rakaman gambar dengan efek bokeh yang akan mengaburkan latar belakang.

Bagi pengguna yang gemar berswafoto, mereka tak perlu risau kerana kamera depan Huawei nova 2i dipadankan bersama Selfie Toning Flash. Bantuan flash ini secara automatik akan melaras tahap cahaya mengikut persekitaran bagi memastikan gambar diambil terang seakan menggunakan cahaya organik.

Beralih kepada vivo V9, ia menggunakan kamera 16 Megapiksel dan 5 Megapiksel yang turut menyokong efek bokeh. Walaupun kamera depan hadir dengan sensor besar 24 Megapiksel, pengguna tidak boleh mendapatkan gambar latar belakang kabur yang natural, disebabkan lensa tidak dibantu dengan depth of field yang kebiasaannya ada pada lensa monochrome.

Sementara pada OPPO F7 pula, peranti ini menggunakan kamera tunggal 16 Megapiksel dan kamera swafoto 25 Megapiksel. Oleh kerana tidak dibina dengan sistem dwi kamera, telefon ini tidak mampu menangkap gambar bokeh dengan begitu baik.

 

BATERI

Bateri merupakan faktor penting dalam memilih telefon pintar. Tidak ada tempoh tetap untuk sesuatu telefon pintar untuk bertahan. Hayat bateri boleh bertahan bergantung kepada tabiat pengguna dan sistem perisian dalaman peranti. Daripada segi perspektif, ketiga-tiga telefon yang disebutkan dijana oleh bateri yang besar iaitu melebihi 3,000mAh.

OPPO F7 dengan 3,400mAh merupakan kapasiti bateri yang tertinggi jika dibandingkan dengan vivo V9 yang memiliki bateri sebesar 3,260mAh. Sejak dua peranti ini dilancarkan, tidak begitu banyak ujian bateri dilakukan malah keputusan ujian juga tidak banyak yang dikongsi di arena sesawang.

Untuk Huawei nova 2i, bateri yang dimuatkan ialah 3,340mAh. Ujian rasmi juga mendapati nova 2i mendapat keputusan yang cemerlang apabila bateri mampu bertahan sehingga 550 jam dalam masa menunggu, dan masa berbual sehingga 20 jam. Selain itu, jangka hayat bateri dalam melayari internet juga tidak mengecewakan.

 

PENDAPAT KAMI

Secara ringkasnya, Huawei nova 2i mungkin yang terbaik dalam membuat pilihan telefon pintar khusus untuk kelas pertengahan. Pada harga RM942 setelah potongan 6% rebat tunai iaitu RM57, dan konfigurasi yang setanding atau lebih baik daripada OPPO F7 dan vivo V9, ia sangat berbaloi untuk dimiliki.

Tidak dinafikan, OPPO F7 dan vivo V9 juga ada kelebihan mereka masing-masing. Kualiti binaan dan harga yang ditawarkan juga masih tidak terlalu tinggi. Walaubagaimanapun, harganya jauh lebih tinggi berbanding Huawei nova 2i.

 

Di bawah kami ada sertakan senarai spesifikasi untuk ketiga-tiga peranti

 

Pertandingan Cabutan Bertuah Sempena Hari Raya

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, pelanggan yang membeli Huawei Nova 2i atau Nova 2lite berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan cabutan bertuah.

Hadiah-hadiah menarik termasuk 4 hari 3 malam melancong ke Tokyo Disneyland, Japan, atau Club Med Bali, Indonesia, serta baucer tunai RM200.

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here